Kenapa Anda Perlu Ke CTFKL 4?

0
Saudara Wan Kedah bersama anak-anak Pondok Penyayang Raudah
Collectors Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL) yang ke empat nampaknya sudah tidak lama lagi. 31 March 2018, semua peminat dan pengumpul mainan serta hobi akan bersatu di TM Convention Centre, Kuala Lumpur untuk sama-sama menjayakan CTFKL 4. Saya sekali lagi mengajak anda beramai-ramai ke CTFKL 4 ini kerana setiap kehadiran adalah rezeki bagi mereka yang memerlukan.

Kenapa Saya Kena Datang CTFKL?
CTFKL ini sendiri sudah sinonim dengan aktiviti kebajikannya. Dari CTFKL yang pertama lagi, akan ada mereka yang kurang bernasib baik diraikan bersama dalam kemeriahan kita berhimpun. Bersama kita bergembira tanpa lupakan mereka yang memerlukan. Hobi menyatukan kita semua.

Salah satu tempat berteduh di Pondok Penyayang Raudah
Setiap kutipan yang diperolehi adalah untuk misi kebajikan. Setiap ringgit anda akan pergi kepada mereka yang amat memerlukannya. Dalam kita bergembira secara tak langsung kita turut menyumbang ke arah kebajikan. Sambil bergembira bersama kita mendapat pahala. Insya-Allah.

Collectors Toy Fair Kuala Lumpur yang ke empat kali ini bakal meraikan anak-anak dari Pondok Penyayang Raudah, Kuala Lumpur untuk bersama kita merasakan kemeriahan dikelilingi dengan mainan dan gelak ketawa. Setiap kehadiran anda adalah kegembiraan buat mereka.

Tempat riadah anak-anak Pondok Penyayang Raudah
Kemasukan ke CTFKL 4 kali ini tidak seperti biasa di mana setiap seorang dewasa dikenakan RM 5 untuk masuk. Manakala kanak-kanak dan warga kelainan upaya adalah percuma. Saya menyarankan anda sumbanglah lebih sedikit untuk kebajikan mereka yang memerlukan.

Dewasa: RM 5
Kanak-kanak: Percuma
Orang Kelainan Upaya: Percuma

Baju khas untuk kanak-kanak Pondok Penyayang Raudah
Bawalah kawan-kawan dan saudara mara ke CTFKL 4. Lebih ramai maka lebih banyak yang boleh kita sumbangkan untuk yang memerlukan.

Foto oleh Saudara Wan Kedah.

Maklumat lanjut boleh lawatan laman Facebook: Collectors Toy Fair Kuala Lumpur.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !