Terima Kasih Kepada Anda

0


31 March 2018 yang lalu telah berlangsung satu acara yang paling ditunggu-tunggu peminat permainan dan pengumpul koleksi di Malaysia. Collectors Toy Fair Kuala Lumpur  (CTFKL) 2018 selamat berlangsung dengan meriahnya. Acara tersebut telah diadakan di TM Convention Centre, Kuala Lumpur. Seperti sebelumnya, ia tidak pernah gagal menarik pelawat menghadirinya.

Masih ingatkah Cybercop pada 90an?
Senjata-senjata kegunaan Cybercop
Dibawakan khas oleh Goodguysneverwin
Dibawakan khas oleh Goodgusneverwin
Saya sendiri bertolak ke sana pada Jumaat, 30 March 2018. Harapnya dapat berehat awal sebelum acara. Sebenarya saya bertolak pagi tersebut dalam keadaan badan yang tidak benar sihat. Mengalami demam bermula Ahad sebelumnya lagi namun saya gagahkan juga ke CTFKL. Niat saya biarlah Cuma dapat lihat kain rentangnya sahaja janji hajat tercapai.




Setibanya sahaja sahabat saya, Najmi dari Perak kami terus bergerak ke tempat penginapan di Hotel Koptown yang mana jaraknya dengan lokasi CTFKL Cuma seminit dua berjalan kaki. Setiap detik saya rasakan amat perlahan akibat badan badan yang tidak kebah sepenuhnya dari demam. Amat keletihan, terus sahaja berbaring setibanya di hotel.





Esoknya Najmi bergegas awal kerana terlibat dengan pameran kelab di CTFKL. Dengan badan yang seram sejuk, ditambah pula selsema, batuk dan suara hampir hilang, saya gagahkan juga ke CTFKL. Bumi Kerinchi ketika itu gelap ditimpa hujan pada awal pagi.




Akhirnya, saya berjaya juga sampai ke CTFKL. Terasa lega dan bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan diri melangkah ke sini. Tiada kata lagi dapat diungkapkan untuk menterjemahkan kegembiraan ini.



Rezeki saya dapat bertemu beberapa kenalan Facebook dan juga kenalan dari kumpulan di WhatsApp. Paling rasa bangga, saudara Wan Kedah, pengasas CTFKL cam saya ketika beratur untuk masuk. Walaupun singkat masa saya di CTFKL 4 kali ini, bagi saya ia mempunyai nilai peribadi kepada saya.

Terima kasih Alif Aziz kerana beri peluang bergambar bersama Black Beauty ini. Berat!
Terima kasih sahabat-sahabatku
Terima kasih isteriku, Nur Zaliya.
Terima kasih kawan-kawan yang membantu.
Terima kasih Wan Kedah dan semua yang menjayakan CTFKL 4.
Terima kasih Kuala Lumpur.

Atas izinNya, saya mencapai apa yang saya mahukan. Syukur. Alhamdulillah.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !