Designed By Freepik |
“Yang berkerumun ramai tu apahal? Belek belek pisang goreng?”Tersentak sebentar tadi apabila mendengar seorang suami memerli isterinya di hadapan butik tudung tatkala sang isteri menunjukkan tudung bawal yang dibeli Menemani pasangan ke butik tudung sepatutnya menjadi satu perkata yang menyeronokkan. Ianya tidaklah membosankan kerana ia adalah salah satu cara anda bertolak ansur, menerima minat dan mengenali pasangan anda. Ada ketikanya pasangan juga memerlukan pendapat anda dalam memilih tudung mereka.
Berada Di Butik
Saya sendiri selalu menemani isteri untuk membeli pakaian atau tudungnya. Ini kerana jika berdua dia akan tanyakan pendapat saya tentang pilihannya. Kebanyakan lelaki akan acuh tak acuh terhadap pertanyaan ini. Secara tak langsung anda akan dapat memahami corak pemilihan warnanya. Lagi pun pada siapa lagi hendak dia bertanya jika bukan anda sebagai pasangannya? Jadi saya kongsikan apa yang saya lakukan ketika menemani isteri membeli pakaian dan tudung.
- Jika butik itu agak lapang tanpa pelanggan wanita yang ramai, saya akan masuk bersama isteri. Jika ramai memang saya tak masuk sebab tidak mahu pelanggan wanita berasa kurang selesa dengan kehadiran lelaki. Tambahan jika ada jualan murah, memang ramai pelanggan wanita berasak.
- Bersedia memberi pendapat jika ditanya. Jujur. Anda tahu apa yang menarik perhatian anda. Jika anda berada di luar butik, pastikan anda tidak terlalu jauh supaya mudah pasangan memanggil anda.
- Jika anda mempunyai anak kecil, bawa anak kecil bersama anda supaya memudahkan proses memilih oleh pasangan anda.
- Kepada yang Islam pastikan yang dipilih mampu dan menutup aurat.
Padanan Warna
Ini boleh dikatakan antara isu utama ketika ke butik terutamanya jika menemani pasangan membeli tudung. Saya sendiri ada masanya terkedu apabila isteri meminta pendapat. Pasti ramai yang pernah melalui situasi ini.
Jadi di sini saya cuba membuat padanan sehampir yang boleh. Warna mungkin berbeza dengan fabrik sebenar tetapi ia boleh dijadikan asas rujukan anda.