Hari ini saya dan rakan-rakan dari Pos Malaysia Berhad Pulau Pinang menjalankan misi Ziarah dan Iftar 2018. Tujuan ziarah kali ini adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Zahlan yang telah meninggal dunia pada 3 Mei yang lalu setelah bertarung nyawa di Hospital Pulau Pinang akibat kemalangan jalan raya.
Jam 3 petang tadi, saya, Iwan dan Razif dan Din sekeluarga tiba di Mydin Bertam bagi membeli sedikit sumbangan barangan keperluan hasil daripada kutipan kilat yang dijalankan daripada semua rakan-rakan terdekat. Selapas selesai proses membeli belah kami bertolak untuk mengambil Shukri di rumahnya dan terus bertolak ke Taman Desa Murni, Sungai Dua.
|
Pencarian barangan keperluan untuk sumbangan. |
|
Si kecil yang comel juga turut serta membeli-belah. |
|
Sedang memuatkan barangan sumbangan ke dalam beg. |
Selesai solat asar berjemaah di surau Taman Desa Murni, kami dan Alem yang baru tiba dari Kulim terus menuju ke rumah keluarga Allahyarham Ahmad Azlan di mana kami di sambut oleh bapanya. Selesai bertanya khabar kami meneruskan agenda dengan menyampaikan sumbangan dari warga Pusat Mel Butterworth berserta barangan keperluan yang kami beli tadi.
|
Tiba di rumah Allahyarham Ahmad Zahlan |
|
Berbual dan beramah mesra |
|
Razif dan keluarganya |
|
Kumpulan yang terlibat dengan ziarah. |
|
Penyerahan sumbangan dari warga Pusat Mel Butterworth |
|
Penyerahan sumbangan barangan keperluan.
(Kredit foto: Iwan Safwan) |
Setelah selesai penyerahan sumbangan, kami bertolak semula ke Bertam untuk majlis berbuka puasa dengan rakan-rakan lain di Restoran Asraar Hadramawt yang menyediakan makanan dari timur tengah seperti aneka nasi arab yang memang dikenali oleh warga Bertam.
|
Penutup dengan acara berbuka puasa. (Kredit foto: Din) |
Terima kasih kerana kepada semua yang menyertai aktiviti kali ini. Walaupun komuniti ini kecil, namun diharapkan dapat memberi impak untuk meneruskan aktiviti iftar dan ziarah ini di lain kali.
Setiap langkah bermula dengan langkah pertama.