Serangan Mainan 2.0 Di Sungai Petani
6:03 PTG1 minute read
0
Toys Attack muncul kembali di Sungai Petani. Dengan nama Toys Attack 2.0, ia masih lagi bertempat di Lokalic Art Space, Sungai Petani. Hari ini kita kembali menyaksikan satu ruang yang kecil diisi dengan peminat dan pengumpul dari Sungai Petani serta kawasan berdekatan. Saya sendiri dari Bukit Mertajam tidak melepaskan peluang untuk melihat melihat sendiri apa yang disajikan oleh Toys Attack 2.0 ini.
Toys Attack 2.0 menyajikan kepada anda Gundam, permainan vintage, Kamen Rider dan juga jualan untuk peminat dan pengumpul. Di Toys Attack 2.0 ini juga dijadikan acara berkumpul oleh North Kamen Rider Unite (NKRU) di mana mereka memperlihatkan koleksi Kamen Rider yang hebat belaka oleh ahli-ahlinya. Disamping itu terdapat sesi permainan video dan juga tayangan anime serta tokusatsu untuk pengunjung.
Terima kasih Lokalic Art Space kerana menganjurkan acara Toys Attack 2.0. Moga dapat bertemu lagi di Toys Attack 3.0. Insya-Allah.
Kepada warga utara jangan lupa Collectors Hobby Festival yang bakal berlangsung pada 29 dan 30 Disember 2018 ini di tempat yang sama seperti dulu, Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech. Kemudahan agak baik ditambah tempat letak kereta yang banyak. Jangan lupa tandakan di kalendar serta masukkan peringatan di dalam telefon anda.
Tags