Telefilem Tahyul - Hantu Menari Lagu Asereje

1 minute read
0

Benar. Hantu ini menari lagu Asereje nyanyian Las Ketchup yang popular sekitar tahun 2002 dahulu. Bukan main-main. Hantu ini menari di dalam telefilem Tahyul arahan Fairuz Loy di bawah Arie Zahrie Production Sendirian Berhad.


Telefilem Tahyul ini ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9 malam, 26 Januari 2019. Sebuah telefilem bertemakan seram komedi. Memang seram dan rasa kelakar dengan karekter hantu dalam Tahyul. Ianya mengisahkan tiga sahabat sekerja mendiami apartment milik syarikat mereka bekerja. Bertitik tolak dari situ, mereka mula diganggu dengan pelbagai perkara aneh sehingga mereka keliru adakah ianya realiti atau pun imaginasi mereka.

Hantu Mei Mei dilakonkan oleh Melanie Tan
Plot biasa sahaja tetapi tetap menghiburkan sebagai sebuah telefilem. Boleh ditonton bersama seisi keluarga. Barisan pelakon juga saya tidak kenal namun saya pasti jika pendedahan berterusan diberikan, mereka mampu menyerlah mewarnai dunia lakonan tanah air.

Cuma agak terganggu sedikit solekan untuk watak Azima. Solekannya tampak jelas terlebih. Mana ada malam nak tidur kena solekan tebal.

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu
Saya terhibur menonton telefilem Tahyul. Terima kasih kepada seluruh barisan pelakon dan kru produksi.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !