The Long Dark adalah permainan PC percuma ketiga yang diberikan oleh Epic Games. Permainan bergenre kemandirian (survival) ini juga berkonsepkan dunia terbuka (open world). Jika anda ada bermain permainan seperti Subnautica, The Forrest, Stranded Deep dan Rust maka The Long Dark adalah dari genre yang sama.
Mengisahkan seorang juruterbang yang terhempas di kawasan hutan Kanada yang dilitupi salji, dia harus mencari jalan bagaimana untuk terus hidup di kawasan yang begitu mencabar. Suhu, cuaca dan makanan yang baik memainkan peranan utama dalam mengekalkan perjalanan permainan anda dalam The Long Dark. Permainan ini juga memerlukan anda membuat keputusan yang bijak. Sekiranya anda mati, tiada pilihan untuk menyambung permainan melainkan bermula semula.
Permainan ini telah berada di hampir semua platform daripada Xbox One, Playstation 4, PC dan dalam proses diterbitkan untuk Nintendo Switch. Ia juga dipasarkan ke dalam pasaran Windows dan MacOS.
Senarai Permainan Percuma Dari 17 Hingga 31 Disember 2020
- Hari 1/15: Cities: Skylines
- Hari 2/15: Oddworld: Sweet 'n' Tasty
- Hari 3/15: The Long Dark
- Hari 4/15:
- Hari 4/15:
- Hari 5/15:
- Hari 7/15:
- Hari 8/15:
- Hari 9/15:
- Hari 10/15:
- Hari 11/15:
- Hari 12/15:
- Hari 13/15:
- Hari 14/15:
- Hari: 15/15: