Epic Games melalui platform Epic Games Store memberikan permainan PC percuma setiap minggu pada hari Khamis. Namun begitu, untuk sambutan Krismas, mereka memberikan 15 permainan PC percuma untuk dituntut oleh anda setiap hari dan ianya boleh juga dikatakan premium.
Bermula pada tengah malam tadi, permainan PC percuma boleh dituntut oleh anda. Namun begitu, setiap permainan ini akan berada di gedung Epic Games selama 24 jam sahaja sebelum bertukar ke permainan PC percuma yang lain.
Jadi untuk permainan pertama, Epic Games memberikan anda Cities: Skyline, sebuah simulasi pembinaan bandar yang saya fikir lebih menarik daripada Simcity. Ia juga lebih kompleks berbanding permainan sama genre dengannya.
Ada beberapa jam lagi untuk anda tuntut permainan ini sebelum permainan seterusnya dilepaskan percuma untuk semua pengguna Epic Games Store. Setiap permainan yang dituntut ini akan menjadi hak anda.
Yang penting tuntut dahulu. Mainnya nanti.