Review Filem Cafe Funiculi Funicula - Kafe Mesin Masa

0

Ada sebuah kerusi di sebuah kafe di yang terlindung di celahan sebuah bandar dikatakan mempunyai lagenda. Hanya di kerusi itu, pelanggan kafe tersebut mampu kembali ke masa silam yang diinginkan. Syaratnya, mereka perlu pulang ke masa nyata sebelum kopi yang dituang menjadi sejuk.


Pelakon Utama:
  • Arimura Kazumi sebagai Tokita Kazu

Pelakon Pembantu
  • Ito Kentaro sebagai Shintani Ryosuke
  • Fukami Motoki sebagai Tokita Nagare
  • Yoshida Yoh sebagai Hirai Yaeko
  • Haru sebagai Kiyokawa Fumiko
  • Matsushige Yutaka sebagai Fusaki Yasunori


Kafe ini dijalankan oleh dua bersaudara iaitu Tokita Nagare dan Tokita Kazu. Diturunkan dari generasi ke generasi, kafe ini terus dikunjungi orang yang mempunyai pelbagai cerita dan keinginan. Ramai mengganggap lagenda kembali ke masa silam ini hanyalah khabar angin. Namun bagi mereka yang percaya dan ingin kesempatan ke masa silam, terdapat lima peraturan yang wajib mereka patuhi iaitu:
  1. Anda tidak boleh berjumpa dengan orang di masa silam yang tidak pernah ke kafe ini.
  2. Setiap yang anda lakukan di masa silam ketika itu tidak akan mengubah masa nyata.
  3. Hanya satu tempat duduk sahaja di dalam kafe membolehkan anda kembali ke masa silam tanpa perlu ada pelanggan lain duduk di situ.
  4. Duduk di kerusi tersebut ketika melawat masa silam
  5. Masa yang ada untuk anda berada di masa silam bermula dari saat kopi dituang sehingga sebelum ia sejuk.

Untuk mendapatkan kerusi tersebut, ia bukannya perkara mudah. Kerusi tersebut diduduki oleh seorang wanita misteri yang membaca dari hari ke hari. Hanya apabila dia bangun sahaja, barulah orang lain boleh duduk untuk kembali ke masa silam sebelum wanita tersebut kembali semula.


Kopi untuk meja wanita misteri tersebut hanya boleh diseduh oleh keturunan wanita keluarga Tokita. Ini menjadikan Kazu, satu-satunya wanita keluarga Tokita mula menyeduh kopi untuk wanita misteri sejak zaman kanak-kanak lagi. Siapakah wanita misteri ini? Ada yang menggelarkannya sebagai hantu.

Selain daripada melihat pelanggannya pulang ke masa silam, Kazu juga menyimpan keinginan yang namun dia tidak boleh menyeduh kopi untuk diri sendiri pulang ke masa silam.

Dapatkah Kazu pulang ke masa silam membongkar rahsia dirinya? Adakah hantu tersebut benar hantu atau sebaliknya?

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !