Review Filem Cadaver (2020)

0

Dunia kucar kacir. Nyawa manusia nilainya hanya makanan. Perang nuklear yang telah berlalu menjadikan manusia semakin hilang nilai. Kehidupan mula dikira dari hari ke hari. Adakah esok masih bernyawa.


Pelakon Utama:
  • Gitte Witt sebagai Leonora
  • Thomas Gullestad sebagai Jacob
  • Thorbjørn Harr sebagai Mathias
Platform: Netflix


Cadaver adalah filem daripada Norway yang ditayangkan melalui platform Netflix. Boleh dianggap sebagai genre thriller. Mengisahkan sebuah keluarga yang hidup di waktu setelah perang nuklear tercetus. Leonora seorang ibu yang begitu menyayangi suaminya Jacob dan anak perempuan tunggal mereka, Alice.


Kehidupan mereka amat sukar. Hari esoknya kehidupan belum pasti namun Leonora terus optimis demi keluarganya. Makanan yang ada tinggal amat sedikit untuk meneruskan kehidupan. Dalam keresahan itu, hadir seorang lelaki menjemput semua manusia di kawasan tempat tinggal Leonora untuk menghadiri sebuah persembahan yang diadakan di sebuah hotel untuk mengubat perasaan mereka. Dikala makanan teramat sukar ditemui, lelaki itu menyatakan makanan akan disediakan bagi mereka yang menonton persembahan ini. Percuma.

Leonora begitu teruja dengan persembahan itu disamping makanan percuma. Fikirnya biarlah anak perempuannya menikmati sedikit hiburan di waktu yang kelam itu. Namun begitu Jacob berasa was-was dengan jemputan itu. Akhirnya perasaan itu dibuang setelah diyakinkan Leonora.

Seluruh penduduk di situ mula ke hotel yang dimaksudkan. Leonora sekeluarga juga mengenakan pakaian yang kemas untuk menonton persembahan itu. Dia begitu teruja kerana sebelum perang nuklear itu meletus, dia adalah seorang pelakon teater. Setelah sekian lama dalam kekelaman, pasti teruja dengan apa yang bakal disajikan.


Di hadapan pentas, semua yang dijemput duduk memenuhi meja yang disediakan. Makanan dihidangkan dan betapa gembiranya mereka makan bersama. Selesai sahaja makan, lampu sorot ditalakan ke arah pentas. Lelaki tersebut, Mathias mengarahkan semua tetamu mengenakan topeng yang sedang diedarkan. Persembahan unik itu akan mengambil tempat di seluruh hotel tersebut dan penonton bebas memilih apa yang hendak mereka tonton. Topeng itu tujuannya membezakan antara penonton dan pelakon.

Topeng disarungkan dan mereka mula menjelajah hotel tersebut. Maka bermulalah plot Cadaver. Apakah yang bakal ditemui mereka. Tertunaikah impian Leonora menonton persembahan yang luar biasa ini?
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !