Filem One Cut of The Dead (2017)

0

Di sebuah loji penapisan air lama, sebuah penggambaran filem zombie sedang berlangsung. Tambah menggusarkan para pelakon adalah tapak tersebut dikatakan pernah digunakan oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua untuk menjalankan eksperimen menghidupkan manusia yang mati.

Pengarah filem tersebut, Higurashi tidak berpuas hati dengan tahap lakonan yang diberikan pelakon wanita iaitu Chinatsu. Melihatkan Higurashi semakin hampir hilang pertimbangan, pelakon lelaki, Ko cuba menenangkan Higurashi. Ko juga dimarahi Higurashi yang begitu tertekan untuk mendapatkan babak yang diperlukan. Akhirnya jurusolek, Nao masuk campur dan memecahkan ketegangan yang ada.

Higurashi berjalan keluar dari loji tersebut dengan penuh kemarahan. Nao pun mengumumkan waktu rehat untuk semua pelakon dan krew. Nao, Ko dan Chinatsu pun duduk berbual-bual bagi mengembalikan mood dan perasaan masing-masing. Tanpa semena-mena entah dari mana, zombie sebenar datang menyerang mereka.

Pantas, murah dan berkualiti tinggi - Higurashi

Rakaman bahagian pertama filem ini selama lebih kurang 40 minit adalah satu babak yang dirakam secara terus tanpa tanpa henti dan potongan babak. Magis sebenar filem ini adalah selepas 40 minit babak pertama berlangsung hingga penamatnya yang akan membuatkan anda tersenyum

Filem ini menggunakan bajet sebanyak $25,000 dan sebahagiannya adalah melalui kutipan dana awam. Ia mencapai kutipan panggung ke tujuh tertinggi di Jepun pada tahun 2018. Tambah mengagumkan lagi, One Cut of The Dead memperolehi hasil hampir 1000 kaliganda daripada bajet asalnya.

Pelakon:
  • Takayuki Hamatsu sebagai Higurashi
  • Yuzuki Akiyama sebagai Chinatsu
  • Kazuaki Nagaya sebagai Ko
  • Harumi Shuhama sebagai Nao
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !