Imbas MySejahtera Pun Kena Saman? Ini Sebabnya...

0
Aplikasi MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengawal penularan Covid-19. Aplikasi yang memerlukan anda membuat penilaian kesihatan kendiri dan sejarah perjalanan ini diperlukan sebelum anda memasuki sebarang premis. Namun begitu, pernahkah anda mengemaskini status Covid-19 di aplikasi MySejahtera anda?

Sejak PKP 3.0 suam ini berjalan, pihak berkuasa dilihat kerap menjalankan pemeriksaan ke premis terutamanya tempat kerja. Antara pemeriksaan yang dijalankan adalah untuk mengesan mereka yang tidak mengimbas kod QR MySejahtera dan juga tidak mengemaskini penilaian kesihatan kendiri melalui aplikasi tersebut. Kompaun yang boleh dikenakan terhadap kesalahan ini boleh menjejak RM 2000.

Mengimbas kod QR sahaja tidak memadai jika data penilaian kesihatan kendiri anda tidak dikemaskini menjadikan objektif aplikasi MySejahtera ini tidak dapat dicapai sepenuhnya dan mendatangkan masalah menjejak kes jangkitan sekiranya berlaku. Ikuti langkah di bawah bagi mengemaskini. Sebaiknya dibuat secara harian jika anda ingin memasuki mana-mana premis.


Buka aplikasi MySejahtera dan tekan Close di bucu kanan atas.



Tekan tab Profile di sebelah kanan bawah.



Di bawah butang Refresh menunjukkan bila tarikh akhir anda membuat penilaian kesihatan kendiri. Agak lama, bukan? Inilah yang boleh membuatkan anda dikompaun pihak berkuasa.



Tekan tab MySejahtera di kiri sebelah bawah. Tekan pilihan COVID-19 STATUS.



Tekan Start dan jawab semua soalan yang diberikan dengan jujur dan betul.




Setelah betul, tekan submit.



Kembali ke tab Profile dan tekan Refresh. Anda akan lihat tarikh kemaskini telah berubah mengikut tarikh anda menjawab soalan di COVID-19 STATUS tadi.



Kemaskini ini adalah penting bagi mengetahui status dan pergerakan anda untuk mengelakkan penularan COVID-19. Jika gagal, anda boleh dikompaun sehingga RM 2000. Wang tersebut boleh pra-tempah PlayStation 5 versi digital!

Jika ikut sebetulnya, setiap imbasan kod QR ini perlu ditunjukkan kepada penjaga premis setelah mengimbas suhu. Tapi itulah... Ada yang pernah buat?

Update: Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah arah supaya semua saman berkaitan perkara ini dibatalkan.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !