Pada 3 hari yang lalu, PC Game Pass telah pun dirasmikan untuk langganan pengguna di Malaysia. Bermula dengan percubaan di Xbox Insider, anda kini boleh membuat langganan serendah RM 5 selama 3 bulan dan akan menjadi RM 15 setiap bulan selepas tamat tempoh 3 bulan tersebut.
![]() |
Permainan tanpa pembelian dengan tag Game Pass |
Proses langganan juga mudah. Pastikan anda telah mendaftar akaun Microsoft terlebih dahulu. Anda hanya perlukan kad debit/kredit atau pun kad kredit pra bayar. Selain itu PC Game Pass ini menyokong sistem bil untuk pengguna talian Digi (ketika artikel ini ditulis).
![]() |
Paparan aplikasi gedung Xbox |
Setelah langganan dibuat, muat turun aplikasi Xbox. Aplikasi ini memerlukan Windows 10 atau 11 dengan versi 22H1 dan ke atas. Log masuk ke aplikasi ini dan anda akan melihat gedung mainan Xbox dengan PC Game Pass.
![]() |
Variasi muat turun permainan dengan Game Pass |
Xbox PC Game Pass ini juga turut bekerjasama dengan EA Games yang mana anda juga dapat memainkan permainan daripada mereka seperti Battlefield, Crysis, Mass Effect dan lain-lain lagi. Tambahan anda boleh memainkan permainan baru EA Games secara percuma selama 10 jam. Sebarang pembelian dengan langganan PC Game Pass ini juga melayakkan anda mendapat potongan sebanyak 10%.
![]() |
Gedung EA Games |
Bagi saya, ini adalah pelan langganan yang amat berbaloi. RM 15 setiap bulan bagi anda yang memang benar menikmati masa lapang dengan permainan di PC. Anda tidak perlu runsing lagi untuk tuntutan semula pembelian sekiranya permainan yang anda beli tidak menepati cita rasa. Sebarang pembelian dengan PC Game Pass juga memberikan potongan harga sekiranya anda mahu menyimpannya secara kekal sebagai koleksi.
Selain itu, anda juga boleh menuntut permainan PC percuma setiap minggu dengan memasang aplikasi Epic daripada Epic Games.