Data Penduduk Hilang Akibat Mabuk

1 minute read
0

Mabuk. Kita semua maklum apa kesan daripada mabuk. Namun begitu, seorang pekerja di Jepun belajar bahawa data sensitif dan mabuk bukanlah gandingan yang betul.

Kejadian berlaku di Amagasaki, barat laut Osaka baru-baru ini. Seorang petugas sebuah syarikat yang dilantik kerajaan untuk mengendalikan faedah pengecualian cukai telah kehilangan pemacu USB yang mengandungi maklumat peribadi seluruh penduduk Amagasaki.

Dewan Bandaraya Amagasaki

Media berita NHK melaporkan petugas tersebut terlena akibat mabuk setelah minum di sebuah restoran berhampiran. Setelah terbangun, dia menyedari beg yang turut mengandungi maklumat tersebut hilang.

Petugas tersebut telah menyalin data tersebut ke dalam pemacu USB miliknya daripada pejabat pentadbiran kerajaan tempatan Selasa lalu. Data tersebut merangkumi butiran cukai, alamat, tarikh lahir, nama dan nombor akaun bank serta senarai penerima bantuan penjagaan kanak-kanak milik penduduk di Amagasaki yang berjumlah 465,177 orang. Keseluruhan maklumat populasi bandar itu di dalam pemacu USB.

Keesokan harinya, petugas yang ketakutan itu cuba mencari pemacu USB tersebut namun hampa dan terus membuat laporan polis berikutan kehilangan tersebut. Petang hari tersebut barulah syarikat tersebut memaklumkan tentang kehilangan pemacu USB tersebut kepada kerajaan.

Pihak berkuasa Jepun menyatakan bahawa pemacu tersebut telah disulitkan (encrypted) dan belum ada kebocoran data dilaporkan.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, petugas tersebut hanyalah diberikan kebenaran untuk mengakses data-data tersebut sahaja dan tidak dibenarkan untuk menyalinnya ke medium lain.

Khamis lalu, datuk bandar dan pegawai-pegawai mengadakan sidang akhbar dan tunduk memohon maaf kepada awam berikutan insiden yang berlaku.

Sumber: CNN
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !