Airforce The Movie: Selagi Bernyawa - Sebuah Remix?

2 minute read
0

Hari Isnin yang lalu, saya berkesempatan menonton Airforce The Movie: Selagi Bernyawa bersama isteri di GSC Sunway Carnival. Seingat saya filem terakhir saya tonton di pawagam adalah Upin & Ipin – Keris Siamang Tunggal. Terkejut juga tiada lagi kaunter tiket seperti dulu.

Saya dan isteri bergambar di prop filem.

Filem ini membawakan anda melihat sekumpulan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang bergelut keluar dari negara Namburi. Gencatan senjata di antara pihak utara dan selatan Namburi menemui jalan buntu. Pada hari terakhir, mereka bersedia untuk meninggalkan markas di Namburi bersama beberapa orang awam dan ia menjadi sebuah perjalanan yang jauh, mencabar dan menuntut korban nyawa. Perjalanan ini juga akan menyingkap prinsip Selagi Bernyawa.

Filem aksi bertemakan ketenteraan ini mendapat kutipan RM 8 juta setelah 4 hari tayangan. Dibintangi oleh Dato Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul,  Aiman Hakim Ridza, Jack Tan, Sara Ali dan ramai lagi serta diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See.


Kekurangan Airforce The Movie: Selagi Bernyawa?

Pertama sekali, saya lihat pembangunan karekter boleh digarap sedikit lebih dan mungkin masa tayangan boleh mencecah ke 1 jam 30 minit?

Dialog yang sebutannya sedikit kedengaran janggal terutamanya di dalam babak situasi komunikasi radio.

Babak dan jalan cerita mempunyai pengaruh daripada Behind Enemy Lines (2001), Tears of The Sun (2003) dan R2B: Return To Base (2012). Jika anda menonton ketiga-tiga filem ini, anda pasti dapat merasakan babak-babak yang ada pengaruh filem-filem tersebut.

Saya lihat watak Sara Ali tidak begitu kuat di dalam penceritaan. Jika digarap lebih lagi, pasti dengan mudah Sara Ali menjayakannya.

R2B: Return To Base

Tears of The Sun

Behind Enemy Lines


Perasaan selepas tontonan.

Saya berasa sangat bangga dapat menonton filem ini. Plotnya tidak berlapis. Jelas. Tidak ada flashback yang banyak dan konflik. Latar belakang filem ini juga bagus mengingatkan kita dengan pergolakan yang berlaku di negara-negara yang kurang bernasib baik.

Saya pergi menonton dengan tidak meletakkan harapan yang tinggi. Beberapa babak sangat jelas pengaruh dari tiga filem yang saya sebutkan di atas. Namun begitu, ia tidak menjejaskan fokus saya menonton dengan penuh teliti.

Lakonan Nas-T kali ini memang mantap.

Secara peribadi, saya lebih menikmati Airforce The Movie: Selagi Bernyawa daripada Paskal yang ditayangkan pada 2018.

Kekurangan tidak dinafikan tetapi ia masih berjaya menjadi naskah penanda aras filem aksi ketenteraan selepas Paskal.

Jika ada peluang, memang saya mahu ulang tonton! Ada yang nak belanja saya?

Antara babak paling saya suka adalah ketika Lejen mengangkut beacon sambil tersenyum puas. Ini yang paling saya ingati.


Setinggi ucapan tahniah kepada seluruh krew dan TUDM serta semua yang terlibat bagi menghasilkan Airforce The Movie: Selagi Bernyawa.

Ini adalah pandangan seorang penonton filem amatur.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !