Vessel – Ikon Instagram ke Tempat Bunuh Diri

2 minute read
0

Vessel, sebuah bangunan 16 tingkat bertemakan sarang lebah adalah mercu tanda di New York yang dibuka kepada orang ramai pada March 2019. Unik di tengah kota New York, ia kini telah ditutup kepada orang ramai dan tiada maklumat pembukaan semula.

Struktur binaan berasaskan tangga dan sarang lebah.

Dibangunkan oleh Related Companies untuk Hudson Yards, Vessel ini dibina di atas tapak berkeluasan 5 ekar. Direka oleh Thomas Heatherwick daripada Heatherwick Studio, mercu tanda ini awalnya dijangka akan menelan kos sebanyak 75 juta dolar. Namun begitu kosnya meningkat ke 150 juta dolar dan akhirnya menjadi 200 juta dolar kerana rekabentuk yang agak mencabar dan kompleks menjadikan binaannya mahal.

Sewaktu pembinaan sedang berjalan.

Bahagian-bahagian kompleks Vessel sebenarnya dibina di Monfalcone, Itali dan dibawa dengan kapal ke perlabuhan di Sungai Hudson. Vessel mempunyai 80 kawasan rata, 154 buah tangga bersambung antara satu sama lain dengan jumlah keseluruhan anak tangga adalah 2500. Konsep awal Vessel diumumkan pada September 2016.

Pembinaan Vessel bermula pada April 2017 dan pada Disember tahun tersebut, ia telah selesai memasang kerangkanya yang terakhir dan paling tinggi. Pada March 2019, Vessel akhirnya siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai.


Bunuh Diri

Pada Februari 2020, seorang lelaki berumur 19 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat 6 Vessel. Pada 22 Disember tahun yang sama, seorang gadis berusia 24 tahun pula terjun dari tingkat atas Vessel dan meninggal dunia. Lebih mengejutkan lagi, kes ketiga pula berlaku tidak lama selepas itu. Pada 11 Januari  2021, seorang lelaki berusia 21 tahun pula menghabiskan nyawanya dengan terjun di situ. Related Companies mengambil langkah menutup sementara Vessel bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi. Orang ramai mula menggesa agar jaring dipasang di sekeliling Vessel dan juga tembok kaca ditinggikan. Namun begitu tiada satu langkah yang diambil oleh pemilik kerana ia akan menghalang pemandangan sekeliling oleh pelawat Vessel.

Pemandangan dari dalam.

Setelah beberapa bulan ditutup, pada penghujung Mei 2021, Vessel dibuka semula. Kali ini pelawat perlu ditemani oleh sekurangnya seorang petugas. Poster-poster memberi kesedaran dan menghalang kejadian bunuh diri ditampal di dalam Vessel.

Namun begitu, pada 29 Julai 2021, seorang remaja berusia 14 tahun yang melawat Vessel bersama keluarganya telah mati setelah melompat dari bangunan itu. Kematian ke-empat ini membuatkan Vessel ditutup hingga kini dan tiada desas desus pembukaan semula.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !