Mainkan Video dan Subtitle Tanpa Stream di iPad

0
Apa khabar? Saya sebenarnya baru sahaja restore iPad saya berikutan terlupa passcode. Maklumlah lama tidak menggunakannya. Jadi saya terfikir bagaimana hendak memaikan filem kegemaran dengan soft subtitle di iPad. Kalau sudah jailbreak itu mudah. Tapi jika tidak jailbreak, masih ada lagi alternatif. Ada masanya anda tidak mahu stream bagi menjimatkan bateri. Jadi apa kata kita tambah sendiri filem kegemaran kita ke iPad.


Pertama sekali install VLC For Mobile di App Store yang dibangunkan oleh Videolan.

Kemudian sambungkan iPad anda dengan komputer dan buka iTunes. Pergi ke tab Apps di sebelah kiri iTunes. Setelah itu scroll bahagian kanan ke bawah sehingga anda lihat aplikasi VLC.

Tab Apps yang memaparkan aplikasi yang dipasang di iPad

Klik Add Files. Tekan CTRL dan klik kedua fail video serta subtitle.

Pastikan nama fail kedua-duanya sama bagi membolehkan subtitle dipaparkan.

Selepas itu anda akan melihat fail video dan subtitle akan disalin ke dalam iPad.

iTunes sedang menyalin fail ke iPad.

Setelah selesai, kembali ke iPad dan buka aplikasi VLC tadi. Anda akan lihat paparan sebegini. Klik filem yang anda salin tadi untuk tonton.

VLC For Mobile

Subtitle dipaparkan dengan baik. Syaratnya nama fail subtitle tersebut mestilah sama dengan fail video tadi. Jika tidak VLC tidak dapat memaparkan subtitle video tersebut.

Screenshot dari iPad

Cara ini sama juga jika digunakan ke atas iPhone. VLC menyokong versi iOS 7 dan ke atas sahaja. Selamat menonton filem kegemaran anda.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Abe Mas Muhammad Saiful Amir dari My Apple iClub di Facebook.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !