Cara Buka Clampshell Greenlight

0
Salam sejahtera buat semua. Kali ini saya akan berkongsikan tip untuk membuka item Greenlight. Saya baru sahaja mula mengumpul kenderaan daripada Greenlight ini. Puas hati kualitinya. Banyak juga menampilkan kenderaan kegemaran saya dengan harga yang berpatutan.

Greenlight - 1968 Volkswagen Type 2 T2 Westfalia Campmobile
Kepada yang sudah biasa memiliki item Greenlight, semestinya sudah tahu ianya mempunyai packaging berbeza daripada Hotwheels, Tomica, Matchbox dan lain-lain. Item Greenlight diisi dalam clampshell packaging yang kukuh dan sukar dibuka melainkan dengan memotong atau membelah packaging-nya. Bagi saya sendiri, ia satu pendekatan yang baik dan bekas clampshell itu boleh digunakan semula dengan membukanya dengan cermat.

Item Greenlight Yang dimasukkan semula ke dalam bekas clampshell boleh ditayangkan dengan menggantung sekiranya tidak ada rak pameran. Jika anda berhasrat untuk menjualnya nanti juga tidak perlu risau clampshell tersebut akan menjaga item Greenlight anda. Senonoh sikit nak dijual. Kosmetik packaging tidak terjejas teruk.

Persediaan membuka clampshell Greenlight adalah seperti berikut:
  1. Pisau ‘box cutter’ yang selalu ada di kedai alat tulis. Saya gunakan art knife (berbentuk seperti pen). Pastikan tajam. Boleh patahkan mata pisau box cutter dahulu untuk mendapatkan mata baru yang tajam.
  2. Stesyen kerja yang selamat dan cerah. Pastikan terang dengan baik.
  3. Kesabaran yang tinggi.

 [Mohon maaf kerana kualiti foto rendah]

Pandangan Depan
Pandangan Belakang
Ini adalah item Greenlight yang akan kita bedah untuk keluarkan isinya. Dapatkan pakej keceriaan anda dari laman facebook Toys R Yours dan Ezznor Garage.


Pusing ke bahagian belakang item Greenlight. Potong bahagian yang ditandakan seperti dalam foto. Potong di bahagian kiri, kanan dan bawah. Saya memotong sehingga setengah ketinggian packaging. Ini adalah mengikut kesesuaian anda.

Potong dengan tidak terlalu kuat atau terlalu lembut. Cukup untuk menoreh lapisan plastik itu. Jika terlalu kuat anda akan terpotong bahagian depan clapmshell tersebut. Jika potongan pertama tidak memisahkan plastik tersebut, potong kali kedua secara lembut mengikut alur potongan awal tadi.


Umpil perlahan semua bahagian yang anda telah potong tadi. Potong kemas jika ada bahagian tidak terpisah. Keluarkan item dengan perlahan.

Ketinggian memotong anda mempengaruhi umpilan
Misi berjaya
Item Greenlight berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kerosakan dan masalah.


Lihat bahagian belakang yang dipotong dengan baik kelihatan seperti tidak pernah dibuka.


Item Greenlight dimasukkan semula ke dalam clampshell packaging tanpa sebarang masalah.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !