Jom Naik LRT dan Beli Mainan di CTFKL x RapidKL

2 minute read
0

CTFKL kali ini dengan kerjasama RapidKL bakal membawakan acara 'Jom Naik LRT dan Beli Mainan'. Bertemakan car boot sale, acara ini akan berlangsung di kawasan letak kereta berbumbung Stesyen LRT Ara Damansara. Kepada yang masih keliru tentang acara ini, ada adalah salah satu projek crownfunding untuk Kampung Geng Mainan 2.0. Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 22 September 2018 bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja,

Lokasi: Stesyen LRT - Ara Damansara (Tempat letak kereta berbumbung)
Tarikh: 22 September 2018
Hari: Sabtu
Waktu: 8.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja

Bayaran: RM 1 (Disarankan bagi lebih lagi untuk kumpul dana)

Masih lagi dengan gaya indie, acara ini hanya mengenakan RM 1 secara asasnya bagi pengunjung. Ini adalah untuk mengumpul dana bagi menjayakan Kampun Geng Mainan 2.0 yang dijangka bakal diadakan pada tahun depan. Setiap sumbangan adalah amat bermakna buat CTFKL. Jadi saya sarankan anda supaya memberikan lebih dari RM 1 di pintu masuk.


Selain daripada itu, pengunjung juga akan mendapat kupon diskaun yang bakal diedarkan di Stesyen LRT Ara Damansara bermula jam 7.30 pagi. Kupon diskaun ini boleh digunakan sebanyak 6 kali dengan memberikannya kepada penjual ketika membuat pembayaran. Yang menarik lagi, dengan kupon ini melayakkan anda mendapatkan kemeja T CTFKL Mat Noq dengan harga RM 40 sahaja! Jadi siapa cepat dia dapat kupon dan diskaun.

Contoh Kupon Diskaun CTFKL x RapidKL
Selain daripada kemeja T Mat Noq, kali ini CTFKL menampilkan produk baru iaitu mug Mat Noq edisi terhad. Satu langkah yang menarik dalam mengampuhkan lagi jenama CTFKL. Produk mampu milik. Berbaloi. Cantik pula tu. Kalau saya memang beli dua. Satu simpan satu tayang di pantry pejabat. Bikin jealous!

Mug Mat Noq Edisi Terhad
Jangan ingat Car Boot Sale tiada hadiah. Kepada pengunjung pertama memasuki acara jam 8 pagi, anda bukan masuk sahaja. Ada hadiah yang hebat menanti anda. Cuma swafoto di Stesyen LRT Ara Damansara selepas turun dari tren dan tunjukkan kepada krew bertugas di pintu masuk. Hadiah bernilai RM 139 dan kemeja T Mat Noq edisi terhad. Cemey, oi!


Kepada warga Kuala Lumpur diharap dapat memberi sokongan terhadap acara tempatan ini yang mana nama CTFKL sudah tidak asing lagi dengan acara bertemakan mainan. CTFKL adalah acara indie yang mana bergantung kepada kita untuk menjayakannya.

Jadi, jangan lupa ya. Sabtu 22 September 2018. Stesyen LRT Ara Damansara.

Sumber: Wan Kedah
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !