Hari Terbuka Pengkalan Udara Butterworth 2018

2 minute read
0

Ramalan adalah cuaca tidak begitu bagus kelmarin. Saya sendiri terpaksa berhenti berteduh di sekitar Sungai Dua akibat hujan. Namun begitu, ia tidak membantutkan usahakan saya ke destinasi. Sebuah tempat yang saya masuk kali pertama pada 2010. Sehinggalah kelmarin saya berpeluang untuk kembali ke situ.

Pemeriksaan keselamatan di pintu masuk pengkalan

Bukan perkara biasa untuk orang awam berdekatan dengan Nuri

Nuri milik 3 Squadron di Pengkalan Udara Butterworth

Eurocopter EC-725 milik 10 Squadron dari Pengkalan Udara Kuantan
Ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke dalam Pengkalan Udara Butterworth. Kali pertama adalah pada tahun 2010 di mana acara yang sama iaitu Hari Terbuka Pengkalan Udara Butterworth.Kali ini pada 8 September 2018, peluang muncul kembali setelah sekian lama menantikan acara ini.

F/A-18D Hornet milik 3 Squadron di Pengkalan Udara Butterworth

Northrop F-5E adalah pesawat supersonik pertama TUDM

Su-30MKM milik 11 Squadron dari Pengkalan Udara Gong Kedak

Airbus A400M milik 22 Squadron dari Pengkalan Udara Subang
Hari Terbuka Pengkalan Udara Butterworth kali ini memang hebat. Lain benar dengan tahun 2010. Tercapai hajat dengan penuh kepuasan melihat pertunjukan udara yang hebat daripada Tentera Udara Diraja Malaysia. Selain itu reruai pameran dari pelbagai unit di pengkalan udara memaparkan informasi dan juga jualan cenderahati. Gerai menjual makanan juga memang banyak dan dapat menampung bilangan pengunjung yang begitu ramai.



Pandangan dalaman dari ramp AirbusA400M

Pandangan belakang Airbus A400M yang begitu besar
Memang hari ini begitu menggembirakan hati saya. Selain dapat melihat pertunjukan udara yang menakjubkan, saya juga dapat melihat aset tentera udara kita secara dekat. Cuaca diselangi dengan hujan yang rintik namun semua pertunjukan udara dan pameran berjalan seperti yang dirancang. Pengunjung tetap datang meskipun cuaca agak suram dan jalan sesak. Sehinggakan ada yang meletak kereta dan berjalan dari hadapan Sekolah Kebangsaan St. Mark.

Antara pesawat pengangkut yang lama dan berjasa dalam TUDM

C-130 Hercules milik 20 Skuadron dari Pengkalan Udara Subang

CASA CN235 milik 1 Squadron dari Pengkalan Udara Kuching

Walaupun awal dan cuaca suram tetap meriah
Terima kasih Tentera Udara Diraja Malaysia dan khususnya bagi warga Pengkalan Udara Butterworth yang mencurahkan tenaga dan masa dalam menjayakan Hari Terbuka 2018 ini. Harapannya tidaklah diselang terlalu jauh untuk hari terbuka seterusnya.

Pemeriksaan pra penerbangan sebelum pertunjukan udara

Sebarang pembetulan boleh diajukan di ruang komen dan akan dikemaskini.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !