Abang Zul Pemandu Lori Adalah YouTuber?

2 minute read
4

Salam sejahtera semua. Diharapkan semua yang membaca ini sihat dan selamat hendaknya di tahun 2019 ini. Agak lama blog sepi akibat kekangan tugas dan waktu. Namun begitu saya mulakan pos pertama bagi blog ini di tahun 2019 dengan kisah pemandu lori.

Pemandu trak atau pun lori ini selalunya dilihat biasa saja bagi kebanyakan orang. Apa yang tidak ramai tahu adalah bagaimana mereka menjalankan pekerjaan seharian mereka. Saya sendiri tidak mengetahui langsung kisah pemandu lori walaupun pejabat sekarang berada di dalam kawasan gudang yang dipenuhi trak yang besar. Tidak pernah terfikir untuk mengetahuinya juga.

Saluran YouTube Abang Zul
Sehinggalah suatu hari, seorang rakan memperkenalkan saya kepada sebuah saluran YouTube berkaitan trak. "Ah, apa saja nak diceritakan tentang trak dan lori?" getus hati saya awalnya. Sangkaan tersebut meleset. Saluran yang saya tonton adalah saluran dari seorang YouTuber tempatan yang mana turut bertugas sebagai seorang pemandu trak di sebuah syarikat logistik di Pulau Pinang.

Abang Zul. Itulah namanya dan juga nama saluran YouTube beliau. Mempunyai lebih dari 200 video berkaitan trak dan logistik. Disampaikan dalam bentuk yang amat santai ketika beliau tugasan memandu trak kuning Volvo FM400 I-Shift. Video pertama beliau yang saya tonton telah membuatkan saya teruja menantikan video terbaru daripada beliau di mana jika tiada halangan akan ada 3 video baru setiap hari. Saya ketegorikan saluran beliau sebagai satu saluran pendidikan terutamanya anda yang berminat menceburi bidang kenderaan berat seperti trak.

Sebahagian daripada video di saluran Abang Zul
Dari saluran ini, kita dapat mengetahui bagaimana proses sebuah kontena itu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain seperti dari depoh ke tempat pelanggan serta sebaliknya. Beliau juga banyak menjelaskan kemusykilan daripada penonton yang bertanya di ruangan komen. Peraturan dan cara kerja yang betul kerap ditekankan beliau. Selain itu dapat mengenali aspek teknikal trak. Terdapat juga nasihat kepada semua penonton. Turut mempunyai interaksi yang baik dengan penonton di ruangan komen.

Saya berterima kasih di atas usaha Abang Zul. Dapat juga saya melihat kehidupan dan perjalanan seorang pemandu trak. Semoga Abang Zul sihat selalu dan dilimpahi rezeki.

" JANGAN LUPA DI MANA ANDA BERMULA" adalah slogan Abang Zul di setiap penamat videonya.

Klik sini untuk ke saluran YouTube Abang Zul.

Info: Video-video beliau juga ada yang digunakan oleh laman Facebook rasmi Volvo Malaysia.
Tags

Catat Ulasan

4Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

  1. Terima kasih untuk review Channel Abang Zul.

    Sedikit pembetulan : JANGAN LUPA DI MANA ANDA BERMULA

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan ini pula blog Abang Zul, hehe... sila klik Abang Zul - sejenakdiperjalananku.blogspot.com


      Padam
    2. Terima kasih bang atas pembetulan. Terima kasih juga ya Abang Zul singgah ke blog saya.

      Padam

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !