Paskal dan Impian Yang Tertunai

1 minute read
0

Kelmarin saya dapat menonton filem aksi kebanggan Malaysia iaitu Paskal. Walaupun tayangan bermula 27 September 2018 yang lalu, akibat kekangan tugas yang tidak menentu, saya hampir putus asa untuk  menontonnya di panggung wayang. Terima kasih kepada isteri yang membelanja saya menonton setelah sekian lama tidak ke panggung wayang. Tertunai juga akhirnya impian melihat Paskal di layar perak.

Kutipannya sudah pun melebihi sasaran. Diarahkan oleh Adrian Teh, kumpulan krew yang penuh dedikasi, dan barisan pelakon yang begitu fokus telah menjadikan filem ini satu fenomena. Filem ini bagi saya sendiri menaikkan penanda aras filem aksi perang Malaysia. Sekian lama rasanya kita ketandusan filem patriotik dengan adunan aksi terkini. Jauh meninggalkan filem-filem perang lain yang diinspirasikan daripada kisah benar, garapan Paskal lebih berkesan dan segar.

Poster filem Paskal
Dimulakan dengan memetik salah satu operasi di dalam kempen Operasi Fajar, ianya permulaan yang begitu membuka mata saya. Kisah operasi menyelamat krew kapal MT Bunga Laurel daripada lanun-lanun Somalia dipotretkan dengan begitu hebat sekali. Permulaan filem yang membuat saya terpaku dalam kekaguman melihat aksi dan kelengkapan anggota Paskal yang digunakan.

Karekter watak juga amat menarik dan berkesan. Ada diselitkan sedikit elemen jenaka dalam serius yang tidak menjadikan filem tegang sentiasa. Penonton dalam panggung wayang pun ketawa. Cuma sedikit kekok dengan dialog yang dituturkan. Itu sahaja sedikit perkara yang mengganggu tontonan saya namun tidak menjejaskan fokus keseluruhannya.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mencipta filem Paskal ini. Terima kasih juga kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia yang memberi sokongan hebat sehingga Scorpene juga terlibat dalam filem Paskal.

Terima kasih buat semua anggota keselamatan negara. Salam takziah buat semua yang terkorban dalam menjaga kedaulatan negara.

Sentiasa yang terbaik.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !