Perfume atau pun minyak wangi amat sinonim dengan kehidupan kita. Kebanyakan orang tidak akan keluar rumah tanpa lupa menyembur pewangi kegemaran mereka. Ada Eau de Cologne, Eau de Toilette, dan Eau de Parfum. Tak faham?
Minyak wangi pada asalnya adalah di dalam bentuk pati adalah lebih berminyak dan pekat. Ia mempunyai ekstrak wangian setinggi 40% di mana perlu dicairkan dengan alkohol dan air sebelum menjadi produk minyak wangi seperti Eau de Cologne, Eau de Toilette, dan Eau de Parfum. Bauan dengan ekstrak wangian setinggi 40% ini tidaklah wangi sebagaimana produk akhir kerana kekuatan wangian itu terlalu kuat dan amat menyesakkan hidung sehinggalah ianya dicairkan.
Kenali jenis minyak wangi dan ciri-cirinya
![]() |
Pucelle Jolly Rhythm Mist Cologne Perfume Spray 150ml |
Eau de Cologne
Juga secara ringkasnya dikenali sebagai cologne di mana asalnya dicipta di Cologne, Jerman oleh seorang pembuat wangian Itali. Selalunya akan banyak ditemui dengan bauan seperti sitrus (limau, oren atau lemon). Cologne juga menggunakan pati ekstrak tumbuhan seperti lavender dan juga rosemary bagi mempelbagaikan bauan. Bauan cologne ada sangat ringan dan segar membuatkan ianya tidak tahan lama. Mudah dijumpai di pasaraya besar seperti Tesco.
Tahap kepekatan minyak wangi: 2% - 5%
![]() |
BOSS The Scent For Her eau de toilette 100ml |
Eau de Toilette
Terkenal dengan singkatan EDT, bauannya juga tidak bertahan begitu lama kerana minyak wanginya dicairkan dengan kandungan alkohol tinggi. Kebanyakan EDT adalah versi lebih ringan kepada Eau de Parfum yang lebih mahal namun wangiannya yang kuat tidak tahan lama. Sebab itu di pasaran anda akan mudah menjumpai EDT kerana harganya yang rendah berbanding Eau de Parfum membolehkan ia terjual dengan baik bagi kebanyakan pembeli.
Tahap kepekatan minyak wangi: 8% - 15%
![]() |
BOSS The Scent Private Accord for Her 50ml eau de parfum |
Eau de Parfum
EDP mempunyai kadar kepekatan minyak wangi yang tinggi daripada EDT dan cologne. Walaupun bauannya memang tahan lama, ia tidak menyesakkan hidung orang di sekeliling anda kerana bauannya amat lembut. Bauannya juga tidak akan berpindah sekiranya anda memeluk seseorang. EDP mudah ditemui di pasaraya besar yang mempunyai kaunter dan jurujual khas minyak wangi pelbagai jenama terkenal. Harganya juga yang paling mahal.
Tahap kepekatan minyak wangi: 15% – 25%
Sumber:
1. Quora.com
2. Fragrance Advisor
Foto:
Foto 1: Freepik
Foto 2: Hugo Boss
Foto 3: Hugo Boss
Foto 4: Tesco