Jom Balik Kampung Geng Mainan 2019!

1 minute read
0

2 tahun dulu, Wan Kedah minta bantuan Doraemon untuk balik kampung. Kali ini giliran Adam John mohon bantuan Doraemon untuk balik kampung juga. Tapi balik kampung mana pula si Adam John? Ayuh tonton video di bawah.


Ya, benar. Kampung Geng Mainan kembali lagi di tahun 2019 dengan tema 80an. Setakat ini acara bertemakan mainan belum ada yang menggunakan tema 80an. Bertepatan dengan tema, anda dapat melihat koleksi dan jualan yang datangnya dari era tersebut selain daripada koleksi moden. Pengunjung juga digalakkan memakai pakaian yang melambangkan zaman 80an atau pun gaya kampung bagi menghidupkan lagi suasana tema.

Poster Kampung Geng Mainan 2019
Acara mini ini yang bakal berlangsung di Dewan Perdana Keramat Mall di mana pernah menyaksikan acara CTFKL 3 yang bersejarah. Berikut adalah senarai kelab yang menyertai pameran di Kampung Geng Mainan 2019 disamping lebih dari 100 reruai jualan:

  1. MDWC
  2. Dragon Ball Malaysia
  3. Seatmen
  4. BPHWC
  5. Southern Figure Collectors Unite
  6. 601st Outlaw Garrison
  7. 80's Toys Kami
  8. My Little Pony
  9. Transmy
  10. HWCNS
  11. Malaysia Military Diecast Community
  12. KKx Laser Cut Modellers
  13. Ultraman Maniac
  14. Gear Fighters Malaysia
  15. BFM (Batman Fans Malaysia)
  16. Star Wars Fanboys 
Poster rekaan Nor Affarul Affendi
Dinasihatkan anda supaya menggunakan pengangkutan awam atau tren lebih mudah kerana tempat letak kereta amat terhad. Kita utamakan kepada mereka yang terlibat dengan acara seperti kelab dan juga penjual.

Kampung Geng Mainan adalah salah satu projek mengumpul dana untuk menjayakan CTFKL 5 nanti. Derma RM 5 untuk pengunjung dewasa ke acara mini ini. Diharapkan anda dapat berikan lebih lagi supaya dana yang lebih baik dapat dikumpul untuk penganjuran CTFKL 5. Insya-Allah.

Masa untuk pengumpul mainan balik kampung!

NO SPONSORS, NO BIG COMPANIES, NO PROBLEM, WE'LL DO IT OURSELVES

Rujukan: Saudara Wan Kedah dan Facebook group CTFKL. Klik untuk ke laman rasmi CTFKL.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !