Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam ini di dalam Daerah Seberang Perai Utara iaitu Tasek Gelugor. Juga amat berdekatan dengan kawasan Sungai Dua sebenarnya. Kawasan ini adalah hutan paya air tawar yang berkeluasan sekitar 10 hektar yang mempunyai beberapa jenis tumbuhan dominan.
![]() |
Pintu masuk |
![]() |
Kaunter informasi dan gerai |
![]() |
Boardwalk sejauh 1 kilometer bermula |
![]() |
Zon pokok putat yang menghijau sesuai dibuat ulam pucuknya |
Hutan Pelajaran Air Dalam ini amat berdekatan dengan Kampung Air Hitam Dalam. Sungai yang mengalir di hutan ini adalah Sungai Jarak yang berpecah kepada Sungai Perai dan Sungai Kulim tidak jauh dari situ. Hutan ini dibahagikan kepada 4 bahagian tumbuhan yang dominan iaitu putat, malabera, jejawi dan nipah.
![]() |
Pondok rehat yang luas |
![]() |
Rimbunan pokok putat yang dijaga penduduk sekeliling |
![]() |
Buah nipah |
![]() |
Kelihatan jambatan gantung dengan panjang 210 meter |
![]() |
Suasana redup ketika melewati hutan ini |
Hutan Pelajaran Air Dalam ini mempunyai prasarana seperti surau, kauter informasi, tandas dan gerai (masa lawatan ini, tutup). Ia turut dilengkapi dengan boardwalk sejauh 1 kilometer dan mempunyai jambatan gantung sepanjang 210 meter. Terdapat juga pondok rehat di dalam hutan ini. Pastikan yang membawa anak kecil dikawal sepenuhnya kerana takut terjatuh ke dalam kawasan paya.
![]() |
Menara untuk ke jambatan gantung |
![]() |
Ketika menaiki jambatan gantung |
![]() |
Ikuti arahan yang ditetapkan untuk melintasi jambatan gantung |
![]() |
Peringatan di jambatan gantung |
![]() |
Suasana di jambatan gantung |
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Pejabat Renjer Hutan Seberang Perai Utara/Tengah
Hutan Lipur Bukit Mertajam, Cherok Tok Kun, 14000 Pulau Pinang, Malaysia
Tel/Faks:604-5391743
Rujukan: Jabatan Hutan Pulau Pinang.