Amaranthe memilih tarikh Hari Kekasih iaitu 14 Februari 2020 bagi melancarkan single terbaru mereka iaitu Do or Die. Ini bukanlah sebarangan single di mana membawakan gaya yang lebih berat dan mempunyai penampilan khas dari seorang lagenda heavy metal Sweeden.
Angela Gossow, bekas vokalis Arch Enemy
Elize Ryd sebagai pemburu
Do or Die daripada Amaranthe kali ini menampilkan seorang lagenda heavy metal yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Angela Gossow. Angela adalah bekas vokalis kepada kugiran heavy metal Sweeden iaitu Arch Enemy. Setelah album ke sembilan Arch Enemy bertajuk War Eternal pada 2014, Angela telah melepaskan posisi vokalis dan beralih kepada pengurus Arch Enemy. Posisi beliau diganti oleh Alissa White-Gluz daripada kugiran Agonist.
Saya begitu menikmati single ini. Terubat mendengar vokal hebat daripada Angela Gossow yang lama menyepi dari pentas. Dipadankan dengan susunan lagu yang cukup harmoni dengan vokal Elize Ryd, ianya terus menjadi kegemaran saya.
Keratan akhbar dengan tajuk bencana daripada cuaca
Merenung dunia distopia di ambang kemusnahan
Amaranthe adalah sebuah kugiran heavy metal Sweeden dengan tiga orang vokalis iaitu Nils Molin dan Henrik Englund Wilhelmsson. Olof Mörck iaitu gitaris Amaranthe juga ada menyatakan, album ke enam mereka akan berada di pasaran tahun ini dan mereka juga telah bernaung di bawah syarikat rakaman Nuclear Blast sejak Oktober lalu.
Angela Gossow tetap padu walau bertahun meninggalkan mikrofon
Menampilkan patung karya seni daripada Fardou Keuning
Video muzik Do or Die ini dirakamkan dengan jalan cerita distopia di mana dunia mengalami bencana akibat pemanasan global sehingga sebilangan besar mati akibat bencana ini. Dalam video Do or Die ini, Elize Ryd memegang watak sebagai pemburu manakala Angela Gossow adalah seorang yang menguruskan mayat. Suasana seram ditambah dengan menampilkan patung-patung aneh dan ngeri daripada artis Fardou Keuning.