Selamat Bertugas di Tempat Baru, Pak Lah

0

Saya mendedikasikan sebuah pos khas di blog ini buat seorang sahabat iaitu Abdullah Che Rus yang akan berpindah ke tempat kerja baru. Setelah 8 tahun berkhidmat sebagai tenaga kerja Pusat Mel Butterworth, kini akan berpindah ke cawangan Sungai Petani dan menabur bakti pula bersama Pos Malaysia Berhad Kedah/Perlis.


Berulang alik dari Jeniang, Kedah ke Bukit Minyak, Pulau Pinang dengan jarak hampir 200 km dan tiga jam pergi balik, rezeki pertukaran tiba akhirnya. 14 Februari 2020 menjadi tarikh akhir beliau berkhidmat bersama Pos Malaysia Berhad Pulau Pinang. Tidak lagi perlu menempuh kesesakan lalu lintas lebuhraya Utara Selatan di Seberang Jaya seperti sebelum ini yang amat menyemakkan minda.


Saya mewakili semua warga kerja Pusat Mel Butterworth dan rakan-rakan mengucapkan semoga berjaya di tempat baru. Tidak lupa didoakan agar dipermudahkan urusan, dilimpahi rahmat, kebahagiaan dan kesihatan yang baik.

Final Ride Bukit Minyak - Jeniang
Tanpa saudara Abdullah Che Rus, rasanya saya tak sampai lagi ke Pulau Song Song dan memulakan jelajah Kedah dengan motorsikal seorang diri. Bengkang Ubi hang tak dilupakan.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !