Semasa zaman remaja dahulu, saya kerap membaca zine. Ketika itu, ledakan zine indie ini wujud daripada suasana muzik dan sub budaya ketika itu. Dirujuk sebagai zine daripada magazine iaitu majalah. Selalunya bersaiz A5, zine menjadi majalah indie di dalam dunia sub budaya yang berkembang. Punk, skinhead, grunge dan lain-lain menjadi topik utama di dalam zine ketika itu. Penerbitan zine ketika itu cuma hitam putih kerana fotostat.
|
Didatangkan Di Dalam Sampul |
|
Set 4 Zine |
Pada masa kini, zine adalah lebih daripada itu. Ia telah menjadi wadah seni mengikut acuan kreativiti penciptanya. Ada juga cerpen atau anekdot yang dikeluarkan dalam bentuk zine. Pelbagai saiz sehingga ada yang kecil sepanjang kereta mainan Hot Wheels.
|
Zine Kosong Percuma |
|
Untuk Pembaca Mencipta Zine Sendiri |
Rasanya amat bertuah dapat memiliki hasil seni yang kecil, comel tapi amat memberikan impak positif kepada diri. Dihasilkan sendiri dengan pen, warna dan kertas, setiap helaian zine kecil ini begitu padat auranya. Warna dan lukisannya amat mendamaikan mata yang menatap. Ianya dibuat daripada sehelai kertas A4 yang dilipat kepada 16 muka surat!
|
Perbandingan dengan trak TLVN Nissan Atlas Loader (1/64) |
Set zine comel ini nukilan daripada seorang ilustrator, artis dan pengarang buku kanak-kanak yang terkenal di Malaysia. Pencapaian beliau bukan sekadar di dalam negara malah di luar negara. Beliau ada menghasilkan banyak buku untuk kanak-kanak. Saya ada memiliki 2 buah daripadanya iaitu My Father’s Farm dan juga My Mother’s Kitchen. Lukisannya juga amat mudah dikenali sekira anda mengikuti karya-karya beliau.
|
Take Care of Yourself |
|
Teka-Teki Yang Membawaku Kembali Ke Mala Strana |
|
Emila dan Pokok Kopi Gergasi |
|
The Sky Is Not The Limit |
Harapnya di masa depan Puan Emila Yusuf dan pengkarya lain dapat menghasilkan lebih banyak zine bagi mengangkat dunia zine ini selain daripada buku. Memeriahkan dunia bacaan dan seni sekaligus.
|
Selamat disimpan bersama koleksi kesayangan saya. |
Terima kasih puan di atas karya comel ini.
Anda boleh melawati laman beliau di
sini.