Survival Family - Filem Tontonan Musim PKP

0

Sebuah keluarga yang agak stereotaip di dalam masyarakat Jepun hidup di bandaraya Tokyo. Sehinggalah satu perkara yang tidak dijangka berlaku. Keluarga Suzuki memutuskan mereka perlu bertindak untuk terus hidup.

Filem ini ditayangkan pada 11.2.2017
Keluarga Suzuki ini terdiri daripada Yoshiyuki sebagai ayah, Mitsue sebagai isteri dan juga ibu kepada Kenji serta Yui. Yoshiyuki Suzuki adalah seorang ayah yang biasa. Mitsue pula seorang suri rumah sepenuh masa. Anaknya iaitu Kenji adalah seorang pelajar kolej dan Yui pula pelajar di sekolah tinggi.

Penampilan khas Norika Fijiwara sebagai Shizuko Saito.
Yoshiyuki adalah seorang lelaki yang mementingkan kerja. Dia jarang berinteraksi atau meluangkan masa bersama keluarganya. Ini menjadikan mereka lebih mengisi masa dengan aktiviti sendiri. Mitsue pula seorang suri rumah biasa yang kurang memasak. Selalunya makanan dibeli sahaja dari luar. Kenji pula seorang remaja kolej. Kerap memakan makanan ringan dan sentiasa dengan telefonnya. Yui pula seorang gadis fesyen yang kerap membeli belah di atas talian.

Yoshiyuki Suzuki dilakonkan oleh Fumiyo Kohinata.

Mitsue Suzuki dilakonkan oleh Eri Fukatsu.

Kenji Suzuki dilakonkan oleh Yuki Izumisawa.

Yui Suzuki dilakonkan oleh Wakana Aoi.
Pada suatu hari, keluarga ini bangun dalam kekalutan. Ini berikutan bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. Anehnya lagi, jam yang menggunakan bateri juga tidak berfungsi. Apa sahaja peralatan yang menggunakan konsep elektrik langsung tidak berfungsi. Suasana semakin kelam kabut. Barang mula habis di kedai. Jika ada pun harganya naik berkali ganda.

Orang mula meninggalkan kediaman untuk berhijrah.
Setelah seminggu, Yoshiyuki mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman isterinya, Mitsue di Kagoshima. Rancangan ini mendapat tentangan kedua orang anaknya. Dari Tokyo ke Kagoshima sahaja jaraknya sudah ratusan kilometer dengan keadaan ketika itu di mana ketiadaan kenderaan yang berfungsi. Akur dengan ayah, mereka akhirnya memulakan perjalanan dari Tokyo ke Kagoshima dengan berbasikal!

Cuba teka apa yang mereka makan?

Antara babak cemas dalam Survival Family.
Sepanjang perjalanan berbulan dari Tokyo ke Kagoshima, mereka melalui pelbagai konflik dan suka duka. Tanpa mereka sedari, perlahan-lahan mereka mula berubah. Mula meninggalkan dunia urban dan canggih yang mereka miliki dahulu. Perubahan juga muncul dalam diri mereka di mana mereka sebagai keluarga mulai rapat dan berkomunikasi.

Makan ulat beluncas?

Kelesuan setelah berbulan mengayuh basikal.
Satu filem tontonan santai dan menarik untuk anda yang sedang berada di rumah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Diharapkan semua patuh kerana membendung penularan COVID-19 ini adalah tanggungjawab setiap rakyat.

Semoga tuhan melindungi kita semua dari musibah ini.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !