Salam sejahtera. Sempena hari gaji bagi kebanyakan pekerja di Malaysia terutamanya, platform permainan atas talian iaitu Steam telah melancarkan Jualan Musim Panas yang ramai dinantikan oleh peminat permainan komputer. Ia akan berakhir pada 10 Julai 2020.
Jualan musim panas ini memang dinantikan ramai peminat permainan komputer seperti saya. Ada juga yang mengatakan sukar untuk membeli melalui platform Steam ini kerana memerlukan anda memasukkan butiran kad kredit sebagai cara pembayaran.
Anda boleh membeli tanpa kad kredit.
Benar. Anda sebenarnya boleh sahaja membeli tanpa menggunakan kad kredit anda. Lagi pun tidak semua yang ada kad kredit. Kad debit juga boleh digunakan dengan mengaktifkan pembelian luar negara tetapi ramai orang tidak selesa meletakkan butiran tersebut kerana risau disalahgunakan. Jadi anda boleh menggunakan Steam Wallet Code.
Steam Wallet Code ini berfungsi seperti kredit talian telefon anda. Tambah nilai ke dalam Steam dengan menggunakan Steam Wallet Code ini. Banyak boleh dijumpai di atas talian tapi bagi saya sendiri lebih mudah membeli Steam Wallet Code ini melalui Shopee. Anda boleh bandingkan kadar yang lebih baik untuk pembelian anda.
Cara membeli tanpa menggunakan kad kredit/debit anda di Steam.
Pastikan anda telah mendaftar dan memasang aplikasi Steam di komputer anda terlebih dahulu.
Beli kod Steam Wallet di Shopee mengikut pilihan anda. Salin kod yang diberikan oleh penjual.
Buka aplikasi Steam. Pergi ke menu Games dan pilih Redeem a Steam Wallet Code. Masukkan kod yang anda salin tadi. Tekan Continue. Jumlah kredit akan terpapar di sebelah kanan halaman tersebut. Selain itu jumlah kredit juga dipaparkan di bahagian atas kanan di sebelah nama pengguna anda.
Pilih permainan yang anda inginkan. Proses sama seperti membeli-belah di Shopee. Tekan Purchase For Myself.
Seterusnya tekan sahaja purchase setelah memastikan senarai permainan yang dimahukan.
Pembelian anda selesai. Pergi ke menu Library. Permainan yang anda baru beli akan berada di situ untuk dimuat turun. Sekiranya anda membeli DLC, selesai sahaja pembelian, Steam akan terus mengemaskini permainan tersebut sekiranya sudah dipasang.
Euro Truck Simulator 2 sedang dikemaskini setelah saya membeli DLC kepada permainan ini.