Sejujurnya saya bukanlah peminat drama Korea Selatan, namun begitu Hotel Del Luna yang ditayangkan tahun lepas begitu menyentuh perasaan 360 darjah. Ditambah lagi dengan runut bunyinya yang amat membuai perasaan, saya seolah berada di dalam dimensi Hotel Del Luna. Ini adalah review ringkas saya.
Watak Utama:
- IU sebagai Jang Man Wol
- Yeo Jin Goo sebagai Koo Chan Sung
Watak Pembantu:
- Shin Jung Keun sebagai Kim Sun Bi (Pelayan Bar)
- Bae Hae Seon sebagai Choi Seo Hee (Pengurus Bilik)
- Pyo Ji Hoon sebagai Ji Hyun Joong (Penyambut Tetamu)
Watak lain:
- Park Yoo Na sebagai Puteri Song Hwa (masa silam) dan Lee Mi Ra (masa kini)
- Lee Tae Sun sebagai Yun Woo (masa silam) dan Detective Park Young Soo (masa kini)
- Kang Mi Na sebagai Kim Yoo Na (Pelajar Sekolah Tinggi)
- Seo Yi Sook sebagai Ma Go Shin (Dewa)
- Kang Hong Suk sebagai Sa Shin (Grim Reaper)
- Lee Do Hyun sebagai Go Chung Myung (Ketua Pengawal Yeongju)
Jumlah episod: 16
Platform tontonan: Netflix
Kisah bermula di era Joseon apabila seorang gadis melarikan diri dengan pedati yang membawa sebuah keranda. Gadis itu berlari dan membunuh sesiapa sahaja yang menghalangnya dalam mencari Guest House of The Moon. Sehinggalah dia terjumpa sebuah warung di dalam kesunyian malam.
Kepenatan. Gadis itu bertanya kepada pemilik gerai dimanakah terletaknya Guest House of The Moon. Pemilik gerai itu menyatakan hanya mereka yang mati sahaja mampu ke sana. Gadis tersebut ingin menebus dosa-dosa pembunuhannya. Tertunailah impian gadis tersebut. Dia menjadi pemilik Guest House of The Moon dan terikat di situ menjaga roh-roh yang datang sebelum ke alam seterusnya. Jauh di hatinya, sebuah dendam kesumat masih membara.
Seribu tahun berlalu. Guest House of The Moon bersilih ganti wajahnya dan di era moden, gadis tersebut iaitu Jang Man Wol menukarkan nama rumah tumpangan tersebut kepada Hotel Del Luna. Hotel itu ini berada di tengah kepesatan bandar Seoul, namun kewujudannya tidak diketahui oleh manusia melainkan mereka yang sudah mati. Jang Man Wol, pemilik hotel yang tamak dan penuh kecurigaan sentiasa menjaga pelanggannya dengan bantuan tiga roh. Roh tersebut iaitu Kim Sun Bi sebagai pelayan bar, Choi Seo Hee sebagai pengurus bilik, dan Ji Hyun Joong sebagai penyambut tetamu.
Suasana Hotel Del Luna berubah dengan ketibaan seorang lelaki bernama Koo Chan Sung. Chan Sung bertugas sebagai pengurus hotel tersebut. Sedikit demi sedikit masa silam Jang Man Wol mula bersilang dengan garis masa kini. Setiap episod kita dapat melihat rahsia Jang Man Wol disingkap. Begitu juga dengan si penjaga bar, pengurus bilik dan penyambut tetamu. Setiap kisah yang terbongkar memberikan kesan kepada Chan Sung dan juga Jang Man Wol. Ke manakah meraka akan berubah dengan apa yang mereka lalui? Adakah dendam seribu tahun Jang Man Wol akan terbalas?
Drama ini ditayangkan di Korea Selatan pada Julai hingga September 2019. Baru-baru ini saya menontonnya setelah melanggan Netflix. Saya amat sukar menonton K-drama, namun dari episod pertama Hotel Del Luna, ia menambat saya terus ke episod terakhir. Runut bunyinya memang begitu mengasyikkan. Amat membuai jiwa saya.
Hahaha! Kat situ pun syok. Garang nak mampuih Jang Man Wol tu hahaha
BalasPadam