Model Peragaan Yang Luar Biasa

0
freepik.com

Sebut sahaja model peragaan, kita sinonim dengan imej gadis cantik memperagakan pakaian pereka ternama di pentas pertunjukkan fesyen. Namun ada sebilangan model ini melangkaui pemikiran cliché kita dan pencapaian mereka bukan biasa-biasa.


Daphne Selfe


Walaupun usianya telah menjangkau 92 tahun, Daphne Selfe masih lagi seorang wanita yang luar biasa dan aktif. Beliau dinobatkan oleh Guiness World Records sebagai model profesional tertua di dunia pada 22 April 2014 ketika usianya beberapa bulan lagi mencecah 86 tahun.

Daphne Selfe lahir di London pada 1928 dan memulakan karier peragaannya dengan menjadi model muka depan majalah pada tahun 1949 ketika di usia 21 tahun. Tetap sibuk dengan kelas peragaan, mencungkil bakat baru dan juga tawaran peragaan. Selain itu, Daphne Selfe turut mengadakan kelas untuk menaikkan keyakinan bagi mereka yang memerlukan.


Jangan terpedaya dengan usia. Pada usia yang veteran ini, beliau masih lagi menjadi model kepada jenama-jenama besar dunia seperti Dolce & Gabbana, Gap, Nivea, Olay, Tata-Naka and Michiko Koshino. Selain itu, beliau juga pernah menjalani sesi fotografi dengan banyak jurufoto terkenal dunia termasuk Mario Testino, Nick Knight, dan David Bailey. Sudah berkali-kali beliau menghiasi majalah-majalah utama di dunia.

Daphne juga dianugerahkan dengan pingat British Empire Medal di bawah kategori Services To Women and Fashion.

Nampaknya istilah ‘Makin tua makin menjadi’ itu benar.


Madeline Stuart


Gadis down syndrome ini tidak menjadikan keadaan diri sebagai satu halangan. Madeline Stuart, seorang gadis dari Australia menjadi model down syndrome profesional pertama di dunia.

Minatnya terhadap bidang peragaan bermula pada 2014 setelah menghadiri sebuah pertunjukan fesyen bersama ibunya. Menyedari hal ini, ibunya tahu ini semua akan memerlukan komitmen, usaha dan dedikasi yang amat tinggi. Kasih ibu itu bersama-sama membantu Madeline mencapai impiannya.

Awalnya Madeline mengalami kesukaran menurunkan berat badan. Namun begitu dengan sokongan ibunya tanpa lelah, beliau akhirnya berjaya menurunkan berat badan lebih 20 kilogram. Perubahannya itu dikongsikan di Facebook dan mendapat ribuan likes dan menjadi inspirasi warganet.


Impak tularnya foto transformasi itu, Madeline telah menjadi tajuk berita sensasi percetakan di Amerika, Iceland, Jerman, Australia dan banyak negara lagi. Di tahun 2015 juga, pintu terbuka untuk Madeline Stuart melangkah ke alam peragaan profesional dia mana dia telah melangkah di banyak pentas peragaan utama dunia termasuk New York Fashion Week, Paris Fashion Week, London Fashion Week, Art Hearts Fashion Week, Style Fashion Week, Melange Fashion Week, Caspian Fashion, Runway Dubai, Mercedes Benz Fashion Week China, Birmingham Fashion Week, Sunshine Coast Fashion Festival dan banyak lagi pentas antarabangsa.

Selain dari peragaan, beliau juga amat aktif dalam banyak pertubuhan amal yang memfokuskan kepada pembangunan kelainan upaya. 

Madeline mencabar dirinya tatkala kita masih lagi beralasan dengan kekurangan.

Sara Geurts


Pada umur 10 tahun, Sara Geurts dari Minnesota telah dikesan mengalami Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS) iaitu gangguan tisu penghubung yang menghalang keupayaan tubuh untuk menghasilkan kolagen. Kesan daripada gangguan penghasilan kolagen, kulitnya di seluruh badan mula berkedut dan menjadikan beliau kelihatan amat tua dari usianya yang sebenar.


Sara yang kini berusia 28 tahun tidak merasakan dirinya aneh dan berbeza dengan orang lain. Beliau mengangkat kelainan diri seterusnya menjadkan ia sebagai kelebihan dan keberanian. Beliau kini berada di segenap benua memberikan inspirasi kepada pesakit EDS dan juga mereka yang kelainan upaya.


Selain daripada mereka, terdapat ramai model profesional yang mengatasi tanggapan manusia biasa terhadap kerjaya model. Tak larat nak mengarang banyak lagi sebab rasa mengantuk.


All images belong to their respective owners
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !