Kembara Solo Ke Draco Nature Camp

0

Tahun 2020. Tiada siapa yang menyangka pandemik melanda Malaysia dan dunia sekaligus mengubah landskap kehidupan manusia yang kini masih perlu hidup disamping ancaman saban hari COVID-19. Begitu juga kembara kali ini. Setiap keputusan diambil berdasarkan ancaman pandemik ini.

Pagi 23 Disember yang lalu, saya memulakan perjalanan ke Cameron Highlands, Pahang. Membuat isian penuh minyak di Hentian Juru pada jam 5.40 pagi, saya terus bergerak ke Hentian Sungai Perak. Di situ saya berehat, solat dan merehatkan motor yang bergerak tanpa henti selama dua jam setengah. Selesai berehat, saya meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Pertronas Simpang Pulai – Lojing untuk sarapan sebelum mendaki naik ke Cameron Highlands.

Ketika sampai, saya lihat begitu ramai kumpulan konvoi bermotorsikal daripada kapasiti enjin kecil hinggalah besar. Ditambah pula jumlah kenderaan keluarga yang berehat sebelum naik. Sambil bersarapan saya menilai semula keputusan. Saya batalkan hasrat ke tanah tinggi bagi mengelakkan bersesak dengan orang ramai.

Berhenti seketika merakam pemandangan di lebuhraya

Dari Petronas tersebut, saya berpatah balik ke Simpang Pulai dan naik ke selatan menuju Chenderiang, Perak. Suasana pagi yang nyaman membuatkan perjalanan begitu dinikmati. Sebelum sampai ke situ, saya melewati Gopeng. Di sini memang terdapat banyak tapak perkhemahan persendirian yang menawarkan pelbagai pakej termasuk juga water rafting. Perjalanan diteruskan lagi kerana saya menuju ke Draco Nature Camp yang berada di Chenderiang.

Laluan ke Chenderiang ini, anda akan bertemu Lata Kinjang yang popular. Namun begitu saya terus sahaja ke tapak perkhemahan yang terletak di perkampungan orang asli di Sungai Cincin.

Draco Nature Camp


Guna WAZE untuk ke Draco Nature Camp. Google Maps akan membawa anda ke lokasi lain.

Memilih tapak perkhemahan

Selepas membelok ke Sungai Cincin, anda akan melewati kawasan perumahan orang asli. Sebelum sampai ke Draco Nature Camp, anda akan melalui jalan berbatu sungai lebih seratus meter sahaja. Tapak perkhemahan ini memang tersembuyi. Jauh dari laluan bingit kenderaan. Memang syurga dunia bagi mereka yang mahukan ketenangan bersama alam semulajadi. Sebelum sempadan negara ditutup bagi mengekang pandemik, Draco Nature Camp tidak putus dikunjungi oleh pelancong luar negara.

Kiri: Tandas. Kanan: Surau dan pejabat.

Aliran sungai yang bersih dan tidak tercemar.

Sebatang jeram kecil mengalir di pinggir Draco Nature Camp. Bayangkan indahnya hanya mendengar deruan air menghempas batu di jeram. Tapak perkhemahan ini juga mempunyai had pengunjung untuk mengekalkan suasana dan ketenangan serta keindahan alam semulajadinya. Saya juga dimaklumkan, Draco Nature Camp mempunyai tapak kedua yang berdekatan bagi mereka yang inginkan perkhemahan bushcraft dan lebih mencabar.

Papan tanya menyambut kedatangan pengunjung.

Lokasi yang redup dan sejuk.

Bertemu saudara Jai, beliau seorang yang amat ramah. Rezeki saya dapat berbual dengan beliau. Memang orangnya tidak asing lagi dengan alam semulajadi. Sambil itu beliau menerangkan kepada saya jenis pokok dan kegunaannya yang ada di sekitar tapak perkhemahan.

Impian tercapai berkhemah di tepi jeram.

Tapak perkhemahan di tepi sungai.

Saya juga bertanya kepada Jai dari mana datangnya nama Draco ini. Beliau memberitahu bahawa Draco adalah cicak terbang. Ianya aktif pada waktu panas selepas tengah hari. Jika bernasib baik, anda dapat melihat draco ini terbang dari pokok ke pokok lain.

Kawasan Draco Nature Camp yang amat tenang.

Daripada pengurusan untuk anda yang ingin merasai pengalaman di Draco Nature Camp:

DRACO NATURE CAMP ADALAH CAMP SITE YG BERKONSEPKAN SCHOOL/SEKOLAH...IAITU NATURE SCHOOL, CAMPING SCHOOL, NATURE GUIDE SCHOOL & ECOSCHOOL.

ADA BEBERAPA PERATURAN DAN GARIS PANDUAN BAGI TETAMU2 YG INGIN MENGINAP DAN BERKUNJUNG DI SINI

  1. DNC HANYA BERKONSEPKAN PERKHEMAHAN, TETAMU HENDAKLAH BELAJAR MENDIRIKAN DAN MEMGEMASKAN KHEMAH, FLY & GROUND SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH CREW DNC.
  2. TETAMU2 YG HADIR, APABILA MENJEJAK KAKI SHJ DI DNC, TETAMU HENDAKLAH MENGAMALKAN PENJAGAAN ALAM DALAM SETIAP APA SAHAJA AKTIVITI YG DILAKUKAN.
  3. TIDAK DIBENARKAN MEMBUANG, MEMBAKAR & MENANAM SAMPAH. UTK MAKLUMAN TIADA TEMPAT PEMBUANGAN YANG TERDEKAT OLEH ITU SAMPAH YG DIBAWA HENDAKLAH DIBAWA KELUAR BERSAMA BAGI KEBERSIHAN DAN KELESTARIAN CAMPSITE 
  4. DILARANG MEMBAWA PULANG BATU2 SUNGAI, TUMBUH2AN & HIDUPAN.
  5. DILARANG MENGHIDUPKAN UNGGUN API DI KWSN  PERKHEMAHAN BAGI MENGELAKKAN POKOK2 MATI. KEMUDAHAN TAPAK UNGGUN API YANG TELAH DITETAPKAN ADA DISEDIAKAN.
  6. ELAKKAN BERSABUN & BERSAMPOO DI DALAM SUNGAI...MANUSIA PUN SAKIT JIKA MEMINUM AIR SABUN APATAH LAGI HIDUPAN SUNGAI.
  7. APABILA MELIHAT AIR SUNGAI MULAI KERUH...NAIKLAH SECEPAT MUNGKIN SEBAB KEPALA AIR AKAN TURUN.
  8. DILARANG MEMBUANG PUNTUNG ROKOK MERATA2. KUMPULKAN DAN BAWA KELUAR BERSAMA.
  9. GUNAKAN SELIPAR TANDAS YG DISEDIAKAN. SENTIASA BERSIHKAN BILIK AIR & TANDAS SELEPAS DIGUNAKAN INI ADALAH UNTUK KESELESAAN BERSAMA.
  10. DILARANG MEMBUAT BISING SELEPAS JAM 11 MALAM...HORMATILAH JIRAN2 YG PERLU REHAT DAN TIDUR AWAL UTK MENERUSKAN AKTIVITI KEESOKAN HARINYA.
  11. JANGAN BUANG SISA MAKANAN KE DALAM SUNGAI DAN DILARANG MENCUCI PINGGAN MANGKUK DLM SUNGAI. CUCI DLM SINKI DI DAPUR RUMAH UTAMA.
  12. DILARANG MEMBUAT LALUAN AIR/PARIT DI SEKELILING KHEMAH BAGI MENGELAKKAN HAKISAN TANAH.
  13. DILARANG MENANGKAP ATAU MENGGANGGU HAIWAN2/SERANGGA2 YG ADA .
  14. .DILARANG MEMBUANG SAMPAH, TISU, LAMPIN BAYI, TUALA WANITA KE DALAM MANGKUK TANDAS BAGI MENGELAKKAN TERSUMBAT
  15. DALAM SITUASI PKPP TETAMU DIGALAKAN MEMPRAKTIK “NEW NORM”:
    • SENTIASA MENGUTAMAKAN KESIHATAN DIRI.
    • MEMASTIKAN PENJARAKAN SOSIAL (SOCIAL DISTANCING)
    • SENTIASA MEMBAWA & MENGUNAKAN “HAND SANITIZER.
    • MEMAKAI PENUTUP MUKA (FACE MASK) JIKA PERLU.*
Memilih lokasi tersembunyi mengadap jeram.

Menikmati cucur pemberian jiran perkhemahan.

Malam tersebut sangat sejuk rasanya. Mungkin kerana lokasi khemah berdekatan jeram. Tercapai sudah hasrat ingin berkhemah betul di tepi jeram. Esoknya, seawal jam 8 pagi saya mengucapkan selamat tinggal kepada Jai dan menuju ke lokasi seterusnya.

Bersambung…

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !