Sokong

recent posts

Terima Kasih Di Atas Jasa Kalian


Hari ini, Pusat Mel Butterworth mengadakan jamuan persaraan buat warga kerjanya yang memilih bersara melalui Skim Pemisahan Pekerja Persetujuan Bersama (S3PB).

Saudara Mansor mewakili pesara memberikan ucapan

Acara dipengerusikan oleh saudara Zulfahmi. Pengurus Besar Negeri, Encik Ismahari turut bersama dengan Pengurus Operasi Negeri, Encik Ahmad Kamil dan Pengurus Mid-Mile, Cik Ferzanu meraikan pesara-pesara ini. Sedikit cenderahati diberikan buat semua petugas yang bersara.

Ada di antara petugas yang yang sudah menabur bakti sejak tahun 1984 bersama Jabatan Pos ketika itu yang belum diswastakan. Rata-rata bermula daripada posmen dan posnita hingga ada yang mencapai tahap pengurus. Sejak 2006 saya mula bersama mereka apabila melaporkan diri di Pusat Mel Butterworth yang ketika itu terletak di Bagan Dalam.

Bergambar bersama pesara, pengurusan dan petugas Pusat Mel Butterworth

Pesara-pesara adalah:
  • Encik Mansor Bin Abdul Hamid
  • Encik Muhammad Mazlan Bin Muhiyaddin
  • Puan Salina Binti Sali
  • Puan Norshida Binti Mohd Noor
  • Puan Aspalila Binti Abdullah
  • Encik Azman Bin Ariffin
  • Encik Shuhaimi Bin Dzabidi
  • Encik Baharom Bin Ponik
  • Encik Man'aim Bin Haltami
  • Encik Othman Bin Daud
  • Encik Mawardi Bin Mat Usab@Yusoff
Saya mendoakan agar semua pesara ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan rahmatNya. Pengorbanan kalian bersama Pusat Mel Butterworth akan sentiasa diingati selagi badan dikandung nyawa.

Puan Shida yang kami panggil 'Mokcik'.
Hari terakhir Kak Salina bertugas di Posdaftar


Hari terakhir Kak Aspalila bertugas di Posdaftar

Terima kasih di atas jasa tuan dan puan.

Terima kasih juga kepada tenaga kerja yang bersusah payah dalam menjayakan majlis ini.

Perjalanan saya pula masih lagi jauh. Insya-Allah.

Terima Kasih Di Atas Jasa Kalian Terima Kasih Di Atas Jasa Kalian Reviewed by Shafique Izzuan on 2:55 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Terima kasih atas komen anda

top navigation

Dikuasakan oleh Blogger.