Ride and Coffee - Hirup Kopi Di Bertam

0

Nak dikeluh, tak nampak hujungnya. Itulah pandemik dan Pulau Pinang juga masih dalam PKPB bermakna tiada sebarang pergerakan merentas negeri tanpa alasan kukuh dibenarkan. Maka dengan itu, pagi ini Ride and Coffee.

Hari ini saya bercuti bagi menghabiskan baku cuti tahun sudah. Selesai menghantar si kakak ke sekolah,  saya menatal aplikasi Facebook di telefon. Tiba-tiba terlintas satu hantaran di kumpulan Facebook, Peminat Kopi. Ada sebuah gerai kopi di Bertam, Kepala Batas.


Setelah bersiap, saya bergegas ke Kiosk Bertam. Hirup Kopi adalah tujuan saya ke sini. Gerai mereka ini terletak di kaki lima Kafe KK92, bersebelahan Klinik Doktor Halimah. Setibanya di situ, terus saya memesan secawan cappuccino.


Memang rasanya sangat kena dengan tekak ini. Kopi yang digunakan ini belum pernah lagi saya rasakan. Seolah ada rasa bertih jagung di hujung hirupan. Hidup Kopi ini diusahakan oleh anak muda yang memang menjiwai pembuatan kopi. Hajatnya hendak pulang selepas habis secangkir cappuccino tetapi dihidangkan pula dengan dua jenis kopi pour over. Rezeki saya dapat merasa kopi-kopi ini. Anak-anak muda ini juga begitu ramah dengan pelanggan. Harga yang ditawarkan juga memang berbaloi dengan rasanya.


Hirup Kopi beroperasi pada pagi dan petang hingga malam. Selepas jam 2 petang, Kafe KK92 akan memulakan operasinya. Kafe ini juga menghidangkan kopi namun menggunakan nisbah, resepi dan kopi yang berlainan. Hirup Kopi lebih memfokuskan kepada pelanggan jenis bungkus sebenarnya.

Waktu Operasi
Isnin  - Sabtu: 7 pagi – 11 pagi (sesi Pagi) dan 6 petang hingga 10 malam (sesi petang)
Ahad: Tutup

Terima kasih di atas layanan anak muda Hirup Kopi. Begitu banyak ilmu tentang kopi yang dikongsikan dengan saya pagi tadi. Selain itu saya juga dapat juga melihat sendiri seduhan kopi pour over dan Chemex. Semoga perjalanan kalian dalam bidang kopi ini terus sukses dan cemerlang.

Insya-Allah saya akan kembali lagi menikmati seduhan kalian.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !