Jdrama Jabatan Kematian - Shiyakusho

1 minute read
0

Shiyakusho atau pun terjemahannya Death Office. Tempat di mana roh manusia yang mati berlegar sebelum ditentukan ke syurga atau neraka. Drama ini adalah adaptasi daripada manga dengan tajuk yang sama oleh Kishi Azumi yang diterbitkan pada 2003. Drama ini adalah untuk tontonan minda MATANG.


Ditayangkan di saluran TV Tokyo pada 20199, drama 10 episod ini memberikan cerita yang berlainan di setiap episod. Roh yang terpisah dari jasad akan tiba di jabatan ini dan diasingkan mengikut cara mereka mati. Ada yang mati kerana kemalangan, dibunuh, didera, kecuaian sendiri, bunuh diri dan sakit. Semuanya akan didaftarkan mengikut jabatan yang dikhaskan.


Setiap episod memberikan sudut pandang berbeza dari kaca mata roh. Ada yang menyesal. Ada juga yang mati dengan penuh kepuasan. Cerita-cerita mereka semasa hidup memberikan turun naik emosi penonton terutamanya saya. Adakah kematian mereka akan berakhir di syurga ayau neraka? Bagaimana pula jika mereka tidak mahu pergi ke arah keduanya?


Jadi siapakah pula petugas di jabatan ini? Adakah mereka juga telah mati? Apakah rahsia di sebalik wajah mereka yang sentiasa berpakaian gelap?

Pelakon:
  • Matsuoka Masahiro sebagai Shimura Masamichi
  • Kuroshima Yuina sebagai Miki Michiru
  • Denden sebagai Ishima Tokuji
  • Kiyohara Sho sebagai Hayashi Harunari
  • Matsumoto Marika sebagai Nishikawa Miwako
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !