Ada Yang Lebih Mahal Daripada Emas

Emas. Sangat bernilai. Sejak ribuan tahun, semua orang tahu emas bernilai tinggi. Sentiasa naik dan jika turun pun tidak menjunam. Tetapi tahukah anda, emas bukanlah yang termahal? Klu: Ianya berada di dalam kumpulan ke-9 di jadual berkala.

 

Ya. Emas bukanlah hasil galian bumi yang termahal. Diletakkan di dalam kumpulan cobalt di jadual berkala, ia senaraikan dengan simbol Rh, iaitu rhodium. Pada tahun 2021, rhodium pernah mencapai $29,800 per troy ounce (31.103 gram). RM 123,372 hanya untuk 31 gram pada 2021!

 

By Alchemist-hp (talk) www.pse-mendelejew.dederivative work: Purpy Pupple (talk) - Own work, CC BY-SA 3.0 de, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=7636785
Rhodium dalam tiga keadaan fizikal

Ya, rhodium adalah bahan yang lebih mahal daripada emas. Namun begitu,
rhodium sangat sukar ditemui kerana ianya terhasil daripada proses perlombongan platinum dan nikel. Rhodium ini sangat keras, berwarna perak berkilauan dan kalis karat.

 

Ada beberapa negara pengeluar rhodium dunia namun ada 3 yang utama yang mana Raja Rhodium adalah Afrika Selatan dengan pengeluaran 80% pasaran dunia. Hampir 80% lombong rhodium berada di kawasan Bushveld Complex seluas 66,000 kilometer persegi yang mana sangat kaya dengan platinum metal yang sangat berharga.

 

Pengeluar rhodium utama dunia (anggaran peratusan).

  • Afrika Selatan: 80-85%
  • Russia: 10-12%
  • Zimbabwe: 3-4%
  • Lain-lain negara digabungkan: <5%

 

Pelombong utama di Afrika Selatan adalah:

  • Anglo American Platinum
  • Impala Platinum
  • Sibanye-Stillwater

 

catalytic converter

Rhodium sebenarnya sangat dekat dalam kehidupan kita. 80% kegunaan rhodium adalah untuk penghasilan catalytic converter yang berada di dalam sistem ekzos kenderaan. Fungsi catalytic converter ini adalah untuk menapis pengeluaran gas berbahaya daripada sistem pembakaran kenderaan. Ia menapis gas seperti karbon monoksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon kepada gas yang kurang pencemaran seperti karbon dioksida dan juga wap air.

 

Anda pernah dengar kes kecurian catalytic converter?

 

Selain itu ia juga digunakan sebagai pemangkin dalam proses kimia industri. Barang kemas putih dan perak juga menggunakan salutan rhodium untuk menjadikan ia lebih berkilau dan menawan.

 

Walaupun rhodium ini sangat mahal, ianya mempunyai pasaran yang sangat tidak menentu menjadikan ianya tidak sesuai untuk dibuat pelaburan seperti emas. Pasarannya yang sangat kecil juga tetapi ianya mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Catat Ulasan

0 Ulasan