 |
Stesyen Kutub Selatan Amundsen - Scott |
Pengembaraan ke Antartika memang begitu mencabar akal dan ketahanan manusia ke tahap maksimum. Tidak dapat dibayangkan mengembara di kawasan yang putih seputihnya dan cuaca yang kejam. Sejuk melampau dan angin ribut salji yang kuat sentiasa menduga kewarasan dan ketahanan pengembara.
 |
Kiri ke kanan: Wilson, Scott, Oates; (duduk) Bowers, Evans |
Lebih kurang 107 tahun yang lalu terdapat ekspedisi ke antartika bagi mencari titik kutub selatan iaitu paksi selatan bagi paksi putaran bumi. Perlumbaan ke arah kutub selatan ini adalah antara 2 pihak iaitu pasukan Encik Roald Amundsen dari Norway dan juga pasukan Ekspedisi Antartika British. Pasukan British diketuai oleh Kapten Robert Scott dan dianggotai oleh Oates, Evans, Bowers serta Wilson
 |
Roald Amundsen di sebelah bendera Norway sedang dirakam fotonya. |
Mengambil titik permulaan yang berbeza, perlumbaan yang bermula pada 1911 ini dimenangi oleh kumpulan Encik Amundsen yang sampai ke Kutub Selatan pada 14 Disember 1911. Encik Roald Amundsen yang mempunyai kelengkapan dan persediaan yang lebih baik dikatakan kunci kejayaan beliau mendahului British selama sebulan.
 |
Pasukan British tiba di Polheim, khemah pasukan Norway di Kutub Selatan |
Pasukan Kapten Scott menghadapi pelbagai kesukaran dalam misi mereka. Setelah beberapa minggu dalam kesukaran yang tidak dapat digambarkan itu, mereka akhirnya tiba di Kutub Selatan pada 17 Januari 1912 dan melihat khemah yang ditinggalkan oleh pasukan Norway. Dalam kekecewaan akibat ditewaskan, mereka perlu kembali mengikut jalan yang mereka datang. Bekalan semakin berkurangan dan mereka perlu mengulang kembali apa yang mereka lalui untuk pulang.
 |
Titik Kutub Selatan |
Dalam perjalanan pulang, Antartika tidak putus menghentam kumpulan pengembara ini dengan cuacanya yang dahsyat. Suhu sejuk jatuh sehingga negatif 40 darjah celsius menyebabkan pasukan ini menghadapi reput fros yang teruk dalam perjalanan pulang.
Pada 17 Februari 1912, Edger Evans adalah orang pertama dalam pasukan Kapten Scott yang meninggal dunia ketika perjalanan pulang. Pada 17 March 1912 pula pula menemui ajal akibat gangrene dan reput fros yang melampau. Kapten Scott, Wilson dan Bowers meneruskan lagi perjalanan pulang. Mereka berkhemah di One Tone Depot. Pada 30 Mac 1912, ketiga mereka meninggal dunia di dalam khemah akibat kesejukan melampau menjadikan semua ahli pasukan Ekspedisi Antartika British terkorban.
 |
Pusara Kapten Robert Scott, Bowers dan Wilson |
Sumber:
1. Terra Nova Expedition
2. Independent
3. South Pole