Selepas tamatnya CTFKL 4 pada penghujung Mac 2018 yang lalu, terdapat banyak mainan yang didermakan oleh penjual, kelab dan individu yang tidak dapat diberikan kepada pengunjung pada hari tersebut. Bagi melengkapkan misi CTFKL, maka satu ekspedisi amal diwujudkan bagi membawa mainan ini kepada peminat-peminat yang tidak kesampaian ke acara CTFKL.
![]() |
MyKSR - Tulang Belakang CTFKL |
Ekspedisi Motor Kecil
Ride Mainan Jatuh Ke Riba ini bermula pada 28 September dan berakhir pada 30 September 2018 baru-baru ini. Kerjasama CTFKL dan MyKSR disertai oleh Osh, Daus Dee, Miey Laju, Zack, Ollie, Mohd Haffis dan Wan Kedah sendiri. Lebih 30 jam dan jarak tunggangan hampir 1000 km, mereka meliputi negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Salah satu destinasi mereka adalah perkampungan orang asli yang jauh ke pedalaman.
![]() |
Di perkampungan orang asli |
![]() |
Kanak-kanak gembira mendapat mainan |
"Kalau depa tak boleh mai CTFKL,
CTFKL akan pi kat depa" – Wan Kedah
DVD Ride Mainan Jatuh Ke Riba
Untuk menonton video penuh dalam format DVD, anda boleh berhubung terus dengan saudara Wan Kedah. Ini adalah salah satu lagi acara untuk mengumpul dana bagi penganjuran CTFKL yang seterusnya. Setiap DVD hanya berharga RM 10 (tambah RM 7 untuk pengeposan) tapi saya mohon agar pembaca dapat beri lebih sedikit sebagai derma penganjuran CTFKL 5.
Apa yang ada dengan DVD ini?
- Video berdurasi lebih panjang
- Babak tambahan
- Koleksi foto
Sebelum saya menamatkan pos ini, saya ada dua ucapan untuk disampaikan.
Selamat ulang tahun kepada Wan Kedah. Semoga dilimpahi rezeki dan rahmatNya.
Selamat ulang tahun penubuhan MyKSR yang ke-10. Moga kalian terus sukses.
Sumber sepenuhnya dari laman Facebook, Wan Kedah dan CTFKL. Laman YouTube Wan Kedah di sini.