Suatu masa dahulu, Subaru hanyalah nama kecil dalam industri automotif. Namun begitu pada Januari 1989, persepsi terhadap kemampuan Subaru dalam dunia automotif berubah apabila berjaya menamatkan pemanduan ketahanan sejauh 100,000 km sekaligus memecahkan 14 rekod dunia automotif ketika itu. Pada 21 Januari 1989, setelah memandu selama 2 minggu tanpa henti, Subaru Legacy berjaya mencecah sasarannya iaitu 100,000 km.
 |
Subaru Legacy berskala 1/64 keluaran CM's |
Subaru Legacy ketika itu dibangunkan untuk menggantikan Subaru Leone (Loyale). Bagi melihat sejauh mana ketahanan Legacy, Subaru Technica International (STI) bekerjasama dengan Subaru Amerika Syarikat yang mana membolehkan acara ini dijalankan di Arizona Test Center di luar Pheonix, Arizona. Litar dengan jarak 9.17 km ini menjadi pentas pemanduan luar biasa ini. Untuk pemanduan 100,000 km ini, 3 buah Subaru Legacy generasi pertama untuk pasaran tempatan Jepun diimport ke Amerika. Dikuasakan dengan enjin turbo EJ20, ketiga-tiga kereta ini diasak selama 24 jam bagi melihat tahap ketahanannya.
 |
Subaru Legacy berskala 1/64 keluaran CM's |
24 orang pemandu bergilir memandu selama 24 jam dengan mengekalkan kelajuan sekitar 223 km/j. Pertukaran pemandu hanya dilakukan selama 90 saat setiap 2 jam termasuk dengan mengisi minyak. Tayar pula ditukar setiap 96 jam atau pun 21,600 km pemanduan. Setiap pertukaran dirancang dengan teliti hinggalah ke diet pemandu untuk acara tersebut.
 |
Subaru Legacy berskala 1/64 keluaran CM's |
Michelin meletakkan petugasnya bagi memantau pengurusan ketahanan tayar. Ini diikuti oleh sekumpulan pelajar daripada Universiti Arizona memantau tahap cecair dan tekanan ketiga-tiga Legacy tersebut. Noriyuki Koseki, pengasas kepada STI adalah tenaga penggerak kepada usaha memecahkan rekod ini.
 |
Subaru Legacy berskala 1/64 keluaran CM's |
Bertitik tolak dari kejayaan 100,000 km ini, Subaru mula dikenali dan menyusun langkah untuk bersaing bersama pengeluar kereta ternama yang lain seperti Nissan, Mitsubishi, dan Toyota. Tahun-tahun seterusnya menyaksikan Subaru mula sinonim dalam perlumbaan rally dunia.
 |
100,000 km dicapai oleh Subaru Legacy nombor 2 pada 21 Januari 1989 |
Rujukan:
- Legacy of Endurance
- Subaru On-Tube
Foto: Subaru