Pagi kelmarin, tercapai hasrat nak naik Suling Hill atau dikenali sebagai Bukit Langkap oleh penduduk tempatan. Media sosial yang popularkan nama Suling Hill ini sebenarnya. Tapi penduduk di sini memang selalu naik turun bukit ini sebagai satu bentuk riadah dan senaman. Kalau hari minggu boleh lihat orang bermainkan kapal terbang kawalan jauh. Maka misi bermula di mana saya sekeluarga bersama dua orang rakan sekerja.
 |
Melewati Kampung Mengkuang Semarak |
 |
Pemandangan ketika memasuki Jalan Bukit Langkap |
 |
Laluan ke tempat pertandingan seni suara burung |
Lokasinya amat mudah. Jika anda dari Berapit, sampai di simpang tiga nak ke Empangan Mengkuang tersebut, pilih kiri kemudian kanan apabila anda lihat tiang pencawang elektrik. Jika anda dari Butterworth Kulim Expressway (BKE), keluar di susur keluar Mengkuang dan ambil kiri menghala ke Empangan Mengkuang. Selepas sekolah dan Kampung Mengkuang Semarak, perlahankan pemanduan. Lihat tiang pencawang elektrik dan di situlah simpang masuk. Berdekatan dengan simpang mahu ke Berapit.
 |
Jalan Bukit Langkap ditanda dengan anak panah merah. |
 |
Tempat meletak kenderaan menghadap Bukit Langkap |
 |
Berjalan ke arah laluan kebun |
 |
Gunakan laluan berpalang tersebut |
 |
Laluan di awal perjalanan yang mendatar |
 |
Rumah persendirian di Bukit Langkap |
Bukit Langkap ini adalah tanah persendirian di mana terdapat ladang getah, kebun durian, tempat berehat dan meditasi sami Buddha. Terdapat dua jalan naik. Satu melalui kebun dan boleh menaiki kereta atau motorsikal menggunakan jalan yang disediakan. Jalan kebun memang agak mendaki. Saya anggarkan ianya suku daripada mendaki Bukit H menggunakan laluan taman perumahan di Tikam Batu. Keseluruhan memang trek santai sahaja. Saya bersama anak berusia 7 dan 5 tahun mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dengan langkah santai.
 |
Laluan mula mendaki |
 |
Boleh berehat di pondok pekebun ini |
Saya cadangkan jika anda mahu ke sana, pergi awal pagi. Rasai nyamannya udara di dalam laluan kebun. Kawasan juga tidak sunyi kerana seawal jam 7 memang sudah ramai yang tiba. Setibanya anda ke puncak, nikmati pemandangan menarik landskap Berapit dan Empangan Mengkuang yang baru namun belum dibuka kepada orang ramai.
 |
Empangan Mengkuang dan Berapit dapat dilihat dari atas Bukit Langkap |
 |
Tiba ke Suling Hill setelah menuruni denai dari puncak |
Setibanya di puncak, selesai bergambar anda boleh teruskan untuk ke Suling Hill, tempat berehat dan meditasi sami Buddha. 10 minit saja turun dari puncak ke situ. Trek juga bagus. Tangga-tangga kecil disediakan untuk memudahkan penurunan. Setibanya di Suling Hill itu pastikan anda tidak membuat bising untuk menghormati sami Buddha di situ.
 |
Bergambar kenangan di mercu tanda Suling Hill |
 |
Platform untuk melihat pemandangan |
 |
Jambatan gantung menghubungkan dua platform |
Di situ terdapat sebuah dua platform yang dihubungkan oleh sebuah jambatan gantung kecil yang menarik. Di sinilah tumpuan tempat ini di mana ramai orang akan datang untuk merakam foto mereka. Suling Hill ini boleh dikatakan sebagai titik pertengahan kerana ada pengunjung berjalan kaki menggunakan laluan kereta dan turun melalui laluan kebun.
 |
Petunjuk arah di Suling Hill |
Persekitaran juga amat bersih. Dinasihatkan membawa bekalan air sendiri kerana tiada tempat yang menyediakan minuman di sini. Pakai kasut yang sesuai.
 |
Berjalan turun melalui laluan kenderaan |
 |
Petunjuk arah di laluan kenderaan |
 |
Aktiviti diakhiri dengan sarapan di Pasar Awam Penanti. |
Dalam ke jalan nak masuk ke tempat permulaan pendakian suling hill dari jalan besar?
BalasPadamDari jalan besar naik kereta slow pun 5 minit gitu je. Kawasan park kereta tu lapang. Tak jauh mana. Dekat je.
BalasPadamKalau dr sg lembu kita straigh je kan..smpai ke mengkuang dam ke..n straight lagi ke??.kita kena waze apa yer
BalasPadamSampai Mengkuang Dam terus lagi. Nanti jumpa simpang 3. Terus sikit je. Nanti nampak pencawang elektrik tinggi² tu itulah jalan dia. Google Map boleh search Suling Hill. Senang je jalan dia.
Padam